Sunday 13 November 2016

Lelaki hadapi masalah kewangan terjun Jambatan Pulau Pinang


SEORANG lelaki yang terjun di Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang menghala Georgetown, tengah hari Ahad, diselamatkan dua nelayan. - Foto hiasan
GEORGETOWN: Seorang lelaki yang terjun di Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang menghala Georgetown, tengah hari Ahad, diselamatkan dua nelayan.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, lelaki 43 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang di sini, dikatakan terjun jambatan kerana masalah kewangan dihadapinya.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kapten Maritim Rozali Mohd Said, berkata pihaknya mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat mangsa selepas menerima panggilan kira-kira jam 1.05 tengah hari.
"Mangsa bagaimanapun diselamatkan nelayan yang berada di kawasan itu, sebelum dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin dan diserahkan kepada APMM kira-kira jam 1.35 petang
"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang di sini untuk rawatan," katanya dalam kenyataan, di sini.
This entry was posted in