Monday, 21 November 2016

Gara Gara Mulut Celupar Diana Daniella.. Ini Kenyataan Farid Kamil.. Nasib lah Kau Diana..


FARID Kamil dan Diana Daniella hadir pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2016, di Putrajaya, malam tadi. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
PUTRAJAYA: Pelakon, Farid Kamil, 36, mengaku tidak marah dengan kenyataan dikeluarkan isterinya, Diana Daniella, 25, mengenai rumah tangga mereka yang dikatakan goyah, baru-baru ini.
Farid yang juga seorang pengarah berkata, setiap perkahwinan pasti ada dugaannya, begitu juga dengan perhubungan suami isteri.
"Ia ibarat satu momen yang perlu dilalui untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Kami masih gembira dengan perkahwinan kami dan secara tak langsung ia membangkitkan kembali kemanisan dalam hubungan kami.
"Kalau nak tahu, mahkamah itu bukanlah tempat di mana orang membuat semua keputusan, tetapi ia juga tempat kita boleh mendapatkan maklumat mengenai perkahwinan. Di situ ada pakar dalam bidang agama, rumah tangga dan banyak lagi yang boleh dijadikan rujukan.
"Syukur, kami mendapat pandangan daripada pihak yang mahir dalam perihal perkahwinan, jadi sedikit-sebanyak ia membantu kita meningkatkan ilmu mengenai perkahwinan," katanya.
Farid berkata demikian ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2016, di sini, malam tadi.
Pada majlis itu, beliau hadir bersama Diana, yang secara tidak langsung memberikan gambaran kedua-duanya sudah memperbaiki segala kekeruhan yang berlaku dalam rumah tangga mereka.
"Saya tidak marah atau menegur kerana pada saya, dalam setiap perkahwinan perlu ada muhasabah diri. Perbincangan sesama suami isteri itu harus lebih tertutup.
"Selain itu, saya bermuhasabah diri, bertanya apakah kesilapan yang sudah terjadi," tambahnya.
Baru-baru ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita mengenai keretakan hubungan Farid dan Diana, apabila aktres itu mengakui rumah tangganya yang baru mencecah usia empat tahun dilanda badai.
Pelakon filem Hanyut itu juga dilaporkan mengunjungi Mahkamah Syariah dengan ditemani peguamnya.
Hasil perkahwinan mereka, pasangan pelakon itu kini memiliki dua cahaya mata iaitu Muhammad, 3, dan Nur Aurora, setahun.
⁠⁠⁠