Dengar. Walaupun anda sudah menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri, itu tidak bermakna tugas anda telah selesai.
Itu masih belum cukup bagi perempuan yang bergelar isteri.
Sebagai lelaki, kita akui memang sukar untuk memahami apa yang sebenarnya wanita mahukan daripada kita.
Tindakan mereka selalu bercanggah dan kata-kata mereka selalu mengelirukan.
Mereka tidak memberitahu kita apa yang mereka mahu dari kita.
Mereka selalu mengharapkan suami faham sendiri dan sentiasa hidup dengan berteka-teki tentang apa yang mereka rasa.
Perempuan bila tak dipujuk, dia marah. Dan bila dah dipujuk, dia semakin merajuk.
Ada masanya, isteri akan menjadi sangat sensitif. Tiba-tiba boleh menjadi pemarah, keras kepala dan kadangkala menangis tanpa sebab yang pasti.
Memeningkan bukan?
Apa yang perempuan mahu sebenarnya? Mengapa perempuan begitu?
Tapi secara realitinya, memahami hati seorang isteri sebenarnya tidaklah rumit.
Sebenarnya, apa yang wanita mahu adalah ingin berasa selamat, ingin rasa ada ikatan emosi dan merasa yakin bahawa kita akan bersama mereka untuk seumur hidup.
Ada beberapa perkara menarik yang ingin kami kongsikan mengenai wanita, khususnya isteri.
Berminat untuk tahu?
1. Isteri laparkan perhatian
Berapa kali anda buat kerja lain apabila berbual dengan mereka?
Adakah anda selalu menjawab soalan mereka secara sambil lewa dan menjawab lain apa yang ditanya?
Sebenarnya sifat semulajadi wanita adalah mereka sangat menghargai setiap waktu yang mereka luangkan bersama kita.
Mereka mahu kita memberi perhatian dan terlibat sepenuhnya setiap saat dengan mereka. Dengan erti kata lain, mereka laparkan perhatian.
Sebagai suami, seboleh-bolehnya luangkan masa untuk isteri anda. Fokus kepada mereka.
Suami biasanya lebih fokus terhadap kerja, sepanjang hari dan sepanjang malam.
Perkara begini selalu membuatkan isteri rasa terabai.
Sekarang, setelah mengetahui perkara ini, cubalah mengimbangi masa bekerja dan masa untuk isteri.
Alhamdulillah, tindakan ini akan memberi impak kepada kemesraan suami isteri.
Perkara ini mungkin agak sukar bagi suami yang selalu bekerja lebih masa, tetapi luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari akan memberi makna yang besar terhadap isteri.
Yang penting, gunakan waktu tersebut untuk memberi perhatian sepenuhnya terhadap mereka.
2. Suami yang sentiasa tenang
Wanita menghargai seorang suami yang dapat mengawal emosi dan terbuka untuk membincangkan isu-isu tanpa meninggikan suara atau mengelakkan diri.
Kematangan emosi dan fikiran adalah apa yang wanita mahu dari kita lebih daripada apa-apa perkara lain.
Menurut Imam Ghazali, jadilah seorang suami yang halim.
‘Halim’ maknanya ialah “sabar”, tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.
Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah.
Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..
Jadi, dengar apa yang dikatakan isteri tanpa prejudis dan ambil hati.
Mendengar akan membantu isteri melepaskan perasaan yang terpendam, yang mengganggu emosinya.
Walaupun anda tidak mampu menyelesaikan masalahnya, dengar dan fahamkan mereka dengan sepenuh hati.
3. Mampu merendahkan diri
Kebanyakkan suami (lelaki), kita tidak dapat lari masalah ego.
Memang benar, didalam rumah tangga, kita adalah ketua keluarga. Kita mahu kelihatan lebih dihormati dan membuktikan kita adalah pemimpin terbaik.
Namun, jangan disebabkan ini, kita menjadi seorang yang angkuh, meninggi diri dan kasar.
"Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” Hadis riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani
Apa yang isteri perlukan adalah seorang suami yang merendah diri, adil dan sopan dalam melayani isteri.
Jangan sesekali memandang rendah atau menghina mereka dan juga ahli keluarga mereka.
Isteri adalah sahabat kita, beri mereka penghormatan yang sewajarnya.
Jagalah hati mereka, Insyaa Allah dengan keberkatan akan hadir rumah tangga anda.
4. Boleh mempamerkan kelembutan (gentleman)
Memang bukan dalam sifat kita lelaki untuk lembut dan gemalai.
Secara normalnya, lelaki selalu sedikit kasar. Baik dari segi pergaulan, percakapan dan tindakan.
Tetapi apabila berkisar tentang rumahtangga, lemah lembut dalam perkataan, pemikiran, dan tindakan akan memberi banyak keharmonian dalam rumahtangga.
"Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” Surah al-Nisa’ ayat 19.
Layanlah isteri dengan penuh hormat. Berbuat baik dan bercakaplah dengan perkataan yang lembut.
5. Suami yang kuat
Wanita sukakan lelaki yang kuat, tapi bukan bermakna kita harus memukul orang lain yang buat silap dan tergesa-gesa menyelesaikan masalah.
Kekuatan yang sebenarnya adalah mampu bersabar, mampu mendengar luahan isteri dan berupaya serta tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup yang muncul.
Tunjukkan kepada isteri anda bahawa anda sentiasa ada disisinya untuk setiap waktu.
Inilah kekuatan sebenar yang diperlukan oleh seorang isteri.
6. Sentiasa jelas dalam menyelesaikan masalah
Kebanyakan lelaki cenderung untuk tidak fikir berlebih-lebih atau merumitkan sesuatu perkara.
Kita kurang bimbang tentang apa yang orang lain fikir dan tidak menghabiskan banyak masa risau tentang perkara yang kita tidak pasti.
Teruskan untuk memudahkan sesuatu perkara dengan mencari jawapan yang mudah dalam situasi yang kompleks dan membawa perspektif yang jelas dalam sebarang masalah.
7. Humor
Life’s too serious already. Kadangkala isteri mahu juga ketawa. Humor adalah cara yang baik untuk mengurangkan ketegangan.
Jika anda seorang yang pandai buat lucu, selalulah berjenaka dalam hubungan rumahtangga anda.
Jika anda bukan jenis kelakar, maka berkongsilah perkara-perkara yang anda rasa lucu dengan isteri anda.
Ketawa mampu merapatkan jarak diantara dua hati.
8. Menunjukkan kasih sayang
Isteri sukakan perkara-perkara kecil, seperti gerak isyarat yang menunjukkan kepada mereka bahawa kita berfikir tentang mereka.
Ya, perkara ini mungkin seperti mesej whatsapp yang sweet yang tidak dijangka olehnya
Belikan makanan kegemaran atau membuat sesuatu perkara untuknya tanpa perlu diminta.
Perkara lain yang mungkin boleh dilakukan termasuk memberi hadiah tanpa sebab, menampalkan nota terima kasih di cermin atau bawa dia makan diluar sekali-sekala.
9. Beri penghargaan kepada isteri
Banyak yang pasangan kita lakukan dalam rumahtangga tidak kita sedari.
Kebanyakan suami dan isteri cepat menyalahkan pasangan mereka dengan rungutan dan bebelan, tetapi jarang pula untuk berkongsi apa yang mereka suka dengan pasangan mereka.
Isteri biasanya membahagikan banyak masa pada perkara dalam satu masa dan peranan mereka sering diambil mudah.
Tunjukkan penghargaan anda kepada mereka. Ucapkan terima kasih. Beri mereka pelukan.
Tunjukkan bahawa anda menyedari segala pengorbanan yang dia lakukan akan banyak membantu isteri rasa dihargai dan disayangi.
10. Menerima segala kelemahan Isteri
Daripada mencabar, mentertawakan isteri anda atau mempersoalkan kelemahan isteri, mengapa tidak menerima sahaja semua itu dengan hati yang terbuka?
Jangan tunjukkan kelemahan isteri, jangan disebut mengenai sifat-sifat tertentu yang jelek atau membuat dia berasa sedih tentang sesuatu yang dia sudah tentu merasa kecewa mengenainya.
Secara semulajadi, wanita memang selalu merasakan dinilai oleh orang lain. Dia rasa selalu diperhatikan.
"Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” Hadith riwayat Muslim
Jangan pernah menyesal dengan segala keburukan isteri kita. Jangan sakiti hati mereka.
Berhenti menghakimi mereka dan terimalah mereka seadanya.
Insyaa Allah, perkara ini akan membantu mereka rasa disayangi dan selamat bila bersama-sama kita.
Penutup
Memahami isteri bukannya sukar tapi..
Sebenarnya, bukanlah sukar untuk memenuhi kehendak isteri, cuma kita kadangkala perlu lebih peka dengan mereka.
Mereka ingin perhatian. Mereka ingin disayangi. Mereka ingin sentiasa mahu rasa ada seseorang disisi.
Tunaikan apa yang mereka perlukan, pasti ada kehangatan dan kebahagiaan dalam rumah tangga anda.
"Lelaki ialah pemimpin bagi wanita kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” Surah an-Nisa, ayat 34
Tujuan artikel ini dikongsikan bukanlah untuk mendakwa kita saja suami yang baik, tetapi sebagai peringatan buat diri sendiri (dan kita bersama) agar lebih menghargai isteri kita.
Semoga kasih sayang dalam rumah tangga kita semua membawa hingga ke syurga. Amiin..
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2016/11/apa-sebenarnya-isteri-mahu-dari-suami.html#ixzz4OuMQYdEv
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook
Popular Posts
-
Oleh Mohd Fadhli Mohd Fauzi "Tahniah, puan disahkan mengandung. Mengikut kiraan, usia janin ini lebih kurang enam minggu,&quo...
-
Kanak-kanak autisme adalah kanak-kanak yang istimewa. Sudah banyak informasi mengenai autisme didedahkan di media sosial, namun masih ada j...
-
Baru-baru ini nama Malaysia telah harum di persada sukan bola sepak dunia selepas penyerang pasukan bola sepak Pulau Pinang telah berjaya ...
-
Korea Selatan - Satu video menyayat hati yang merakamkan seekor kucing berwarna kuning enggan meninggalkan rakannya yang sudah mati menja...
-
Alam jin adalah alam yang berdiri sendiri. Ia terpisah dan berbeza dengan alam manusia tetapi kedua-duanya hidup dalam dunia yang sama, ...
-
Mungkin yang tidak ramai yang pernah melihat wajah sebenar Kamariah Jamaluddin, bekas isteri penyanyi tersohor negara, allahyarham Sudirman ...
-
Gadis berhijab ini terlihat cantik dan comel sekali, namun kamu pasti muntah dan hilang selera makan setelah melihat 6 foto seterusnya aksin...
-
Seorang wanita bernama Tania dari Bandung, Indonesia heboh diperkatakan di media sosial. Semuanya selepas wanita Sunda ini membuat pengakuan...
-
Allah Bayar CASH! Akibat peluk dan raba isteri orang, lihat 2 foto apa yang terjadi kepada kemaluan lelaki ini amat mengerikan sekali. Seor...
-
Satu majlis perkahwinan di sini gempar apabila seorang wanita tiba-tiba muncul mengganggu majlis itu sambil berpakaian baju pengantin. Vid...
Recent Posts
Unordered List
Site Categories
Text Widget
Download Theme
Blog Archive
-
2016
(101)
- December (4)
-
November
(41)
- Budak Ini Pernah Viral Kerana Hisap Rokok 40 Batan...
- "Memang Aku Doakan Kau MATI BERSALIN, PADAN MUKA K...
- Wanita Ini Kongsi Pengalaman Menarik Bangkit Selep...
- ‘Setiap Kejayaan Uncle Ada Ayah Kamu’- Ucapan Birt...
- Didoakan ‘Dihumbankan Dalam Neraka’, Ini Respon Pe...
- Gara Gara Mulut Celupar Diana Daniella.. Ini Kenya...
- Jangan Abaikan 5 Minuman Herba Ini Kalau Tak Nak '...
- Hampir Setiap Orang Dalam Keluarga ini Punyai 12 J...
- Kanak-Kanak Maut Selepas Termakan Bbat Darah Tinggi
- Majlis Perkahwinan Gempar Apabila 'Kekasih Gelap' ...
- 'I Love You...' - Bayi Ditemui Dalam Masjid Bersam...
- MENGERIKAN! Inilah 7 Foto Istana Dajjal yang sudah...
- TAHNIAH - SHAHROL SHIRO BAKAL TIMANG ANAK KEDUA
- 6 GAMBAR - GELAGAT ATU ZERO BERSAMA ANAK SULUNGNYA
- 5 Foto anak perempuan A.Aida yang dah jadi anak da...
- Mengintip Kegiatan Anggota Gangster El Salvador Di...
- Inilah 5 Jenis Ikan Termahal Di Malaysia
- 10 Haiwan-haiwan Comel Yang Hampir Pupus
- (Foto & Video) Kampung Ini Digelar Kampung Paling ...
- Kanak-Kanak 2 Tahun Terjatuh Ketika Kereta Buat Pu...
- Selalu Gunakan Cuka Untuk Bahan Masakan, Ini 13 Ke...
- (Video) Tengah Main Catur, Sekali 'Dia' Datang Mel...
- Remaja Hilang Sudah Ditemui, Selamat Disatukan Kem...
- Isteri Curang & Kekasih Terlekat Ketika Buat Hubun...
- Bayi lima hari diculik dari hospital
- (5 Foto) Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Semak Belak...
- 'Tolonglah Datang, Makan Percuma Pun Tak Apa' - Pe...
- Apa Itu Fenomena Supermoon?
- Syaitan akan menguasai tubuh manusia melalui 10 pintu
- Kanak-Kanak Ditemukan Dalam Keadaan Kepala Dipengg...
- Jack Ma Akan Taja Budak 8 Tahun Yang Punyai Wajah ...
- Lelaki Bakal Jadi Jutawan Selepas Jumpa Muntah Pau...
- Bekas pemain bola sepak Terengganu maut kemalangan
- Lelaki hadapi masalah kewangan terjun Jambatan Pul...
- Hadis Palsu Larangan Mengarut Ketika Berjimak
- Khasiat Sayur Peria Membersihkan Darah Dalam Badan
- Apa Sebenarnya Isteri Mahu Dari Suami?
- Mister Roh Pelajar Tidak Tenteram
- (Video) Itik 'Gangster' Selamatkan Ayam Dari Seran...
- Misteri Sumpahan Kerusi Antik Pembawa Maut
- Misteri Penyakit Keloid, Parut Hodoh Yang Hidup!
- October (56)
Powered by Blogger.