Monday, 21 November 2016

Kanak-Kanak Maut Selepas Termakan Bbat Darah Tinggi

Mangsa


JELEBU, 21 Nov - Seorang kanak-kanak yang berusia empat tahun maut selepas termakan ubat tekanan darah tinggi milik neneknya di Simpang Pertang dalam kejadian kelmarin.

Menurut Sinar Online, mangsa yang dikenali sebagai Lee meninggal dunia di Hospital Tuanku Najihah (HTAN) Kuala Pilah lebih kurang jam 1 petang tadi selepas mengalami muntah-muntah sejurus termakan ubat tersebut.

Sumber Sinar Online berkata, mangsa sebelum itu menelan sekurang-kurangnya enam biji ubat yang disangkakan gula-gula.

Menurutnya lagi, kejadian disedari ibu mangsa apabila mendapati kanak-kanak itu mengalami munta yang luar biasa.



Mereka fikir anaknya telah termakan benda beracun kerana keadaan mangsa pada ketika itu sangat lemah akibat mengalami muntah-muntah yang teruk.

Namun, kanak-kanak itu sempat memberitahu dia telah makan ‘gula-gula’ neneknya yang ada di atas meja.

Sebaik sahaja melihat keadaan anaknya semakin lemah, mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk tindakan susulan,” katanya di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa yang merupakan anak bongsu dari tiga orang adik-beradik itu merupakan seorang yang periang.

Sumber: Sinar Online