Tuesday 11 October 2016

Viral: Anak dirakam cuba lemaskan ibu

Viral: Anak dirakam cuba lemaskan ibu
Sedutan rakaman yang viral di internet
MUMBAI - INDIA. Polis berjaya menahan seorang lelaki dan seorang wanita dan anaknya yang menghilangkan diri selepas sebuah rakaman cubaan membunuh viral di internet.

Menurut laporan Mirror UK, lelaki berkenaan dirakam cuba membunuh ibunya sendiri sambil disaksikan oleh anak perempuannya dan isterinya.

Suspek, Surendra Vaidya dirakam membalut kain pada muka ibunya, Mayawati, 80 untuk melemaskan mangsa.

"Perempuan ini degil betul," kata isteri suspek selepas mangsa meronta-ronta dengan kuat.

Anak perempuan pasangan berkenaan disuruh untuk menikam mangsa di bahagian perut.

Mangsa bagaimanapun terselamat selepas kediaman mereka diserbu oleh sebuah pekerja NGO ketika kejadian.

Surendra berjaya ditahan manakala isterinya dan anak perempuan mereka melarikan diri.

Siasatan awal polis mendapati Surendra sudah mendera ibunya selama beberapa tahun.

Mangsa kini dirawat di hospital dan semakin sembuh.
This entry was posted in