Tuesday, 11 October 2016

Tips bezakan ais air paip dengan ais air masak

ais kiub
KETIKA enak menikmati minuman sejuk pada waktu cuaca panas terik atau masa lepak minum di kedai, pastinya setiap daripada kita terfikir, ais yang diletakkan dalam gelas itu guna air masak atau air paip?
Ada tips bagaimana membezakan ais air paip dengan ais air masak:
• Ais daripada air mentah berwarna putih kerana banyak gas yang masih terperangkap di dalamnya.
• Kebiasaannya ais yang dibuat daripada air mentah adalah ais blok yang digunakan untuk menyejukkan ikan atau daging di pasar.
• Ais daripada air masak pula akan kelihatan jernih kerana gas di dalamnya telah dilepaskan ketika merebus air tersebut. Ais ini dipanggil ais kristal.
• Ais kristal sudah banyak digunakan, ia berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.
This entry was posted in