Monday 24 October 2016

[TERKINI] Kebakaran Wad ICU Hospital Sultanah Aminah, Dilaporkan Sekurang-Kurangnya 5 Maut



JOHOR BAHRU: Kira-kira jam 9 pagi tadi wad ICU dua tingkat  Hospital Sultanah Aminah telah terbakar dan menyebabkan beberapa orang pesakit terperangkap, lapor Bernama.

Hasil perkembangan menyelamat terkini, dilaporkan kira-kira 5 orang mayat telah ditemui ketika ini.

Perkata ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan sebentar tadi.

Ketua Pengarah HSA, Datuk Dr Noorhisjam Abdullah berkata, pihaknya sedang menunggu pengesahan laporan awal mengatakan tujuh pesakit di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) maut akibat kebakaran

"Saya difahamkan tujuh pesakit di wad ICU meninggal dunia kerana terperangkap dan lemas, 13 kakitangan cedera termasuk tiga parah.

 "Kita akan siasat punca kebakaran. Masih terlalu awal untuk mengesahkan apa-apa setakat ini," katanya/

Semua pesakit dihospital HSA kini dalam proses pemindahan ke Hospital Sultan Ismail. -Siakapkeli.my


This entry was posted in