Wednesday 12 October 2016

Datuk Seri Vida didakwa gagal bayar GST

Datuk Seri Vida didakwa gagal bayar GST
Datuk Seri Vida di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini. - Astro AWANI


KUALA LUMPUR: Usahawan komestik dan pengasas produk kecantikan Vida Beuty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (Vida) didakwa 16 pertuduhan di bawah Seksyen 41 (7) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)  2014  kerana gagal membayar cukai yang genap masa dan kena dibayar bagi tempoh bercukai dari April 2015 hingga Julai 2016 melibatkan RM4.2 juta.

Beliau tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan bagi kesemua pertuduhan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Murtazadi Amran.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu di stesen Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1, Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh.

Pihak pendakwaan, Farah Ezlin Yusof meminta RM100,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan untuk jaminan serta dua penjamin warganegara dan pasport tertuduh juga ditahan memandangkan kesalahan itu melibatkan hasil negara.

Peguam tertuduh, Khairil Azwar Khalil meminta hakim Murtazadi Amran merendahkan wang jaminan sebanyak RM3,000 untuk setiap pertuduhan kerana tertuduh merupakan pemilik tunggal syarikat yang dijalankan serta bertanggungjawab ke atas 200 pekerjanya.

Prosiding kes diteruskan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Datuk Seri Vida sekali lagi didakwa  dengan 16 pertuduhan kerana gagal mengemukakan penyata GST bagi tempoh cukai bermula April 2015 hingga Julai 2016..

Pendakwaraya sekali lagi meminta hakim mengenakan wang jaminan berjumlah RM100,000 bagi setiap pertuduhan.
Prosiding ditangguh sebentar.
This entry was posted in