Wednesday, 26 October 2016

Bayi 7 Bulan Maut Tercekik Cebisan Ayam



Sharjah: Seorang bayi tujuh bulan maut di hospital pada Isnin - sehari selepas pelbagai usaha yang dilakukan untuk membuang cebisan ayam yang terlekat dalam tekaknya gagal.

Bayi yang dikenalpasti dari kawasan Al-Bidyah itu dimasukkan ke hospital Al Dhaid pada Ahad dan diletakkan dalam wad ICU.

Pengarah hospital terbabit, Dr. Ahmad Bin Khadem memberitahu Gulf News bahawa otak bayi itu kekurangan oksigen kerana lohong udara dihalang dan otaknya sudah dalam 'keadaan mati' ketika sampai di hospital.

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh staf kecemasan untuk menyelamatkan nyawa bayi berkenaan gagal.

Ibu bapa bayi berkenaan memberitahu pihak hospital bahawa mereka telah menterbalikkan anak mereka dan mula memukul bahagian belakang untuk membuang cebisan ayam itu dari mulutnya. Tapi usaha mereka itu tidak berjaya dan muka anak mereka mula bertukar menjadi biru.

Dr. Mohammad Hassan Kazia, Ketua Kecemasan di Prime Hospital berkata kepada Gulf News ibu bapa perlu berlatih supaya mereka tidak melakukan perkara yang sepatutnya jika anak mereka tercekik.

"Ibu bapa juga boleh cuba buka mulut anak mereka untuk melihat apa yang terlekat. Jika masih kelihatan cuba tariknya keluar", katanya.

Bagaimanapun, langkah memasukkan jari itu tidak perlu jika ibu bapa tidak nampak apa-apa dalam mulut anak mereka kerana dikhuatiri tertolak objek itu kebawah.

"Jika bayi tidak sedar, bertukar biru atau tidak bernafas, ibu bapa (yang terlatih) perlu melakukan CPR dengan segara dan perlu panggil pasukan kecemasan", kata Kazia lagi.

Menurut garis panduan Paediatric Advanced Life Support yang diluluskan oleh Dubai Health Authority (DHA), jika bayi masih lagi sedar selepas tercekik, ibu bapa perlu pusingkan anak mereka ke hadapan dan menelentangkannya (sehingga sama level dengan paha) dan menepuknya dengan tapak tangan di bahagian belakang dengan lembut sebanyak empat ke lima kali.

Foto dari WebMD.