Wednesday, 11 January 2017

(Video) Si Kuning ini Cium, Urut & Enggan Tinggalkan Bangkai Rakannya Biarpun Sudah Sebulan Tidak Bernyawa


Korea Selatan - Satu video menyayat hati yang merakamkan seekor kucing berwarna kuning enggan meninggalkan rakannya yang sudah mati menjadi tular di Korea Selatan selepas ia dimuat naik oleh laman Facebook SBS TV.

Lebih menyedihkan lagi, rakan kepada kucing kuning itu difahamkan sudah mati selama sebulan.

Menurut portal Insight.kr, kucing kuning tersebut sememangnya terkenal dalam kalangan penduduk di kawasan berhampiran kerana sifatnya yang jinak.

Tapi sejak sebulan yang lalu, si kuning itu mula menunjukkan sesuatu yang pelik kerana enggan keluar dari satu saliran pembentung yang terletak di Geumjeong-gu, Busan dan berkelakuan aneh apabila dipanggil oleh penduduk.

Penduduk dan penyelamat haiwan kemudian masuk ke dalam pembentung tersebut untuk memeriksan keadaan si kuning itu dan terkejut apabila mendapat ada seekor lagi kucing yang sudah menjadi bangkai.

Si kuning itu tidak dapat menerima kematian kucing tersebut yang dipercayai rakannya, dan masih lagi setia menemaninya sejak sebulan yang lalu.

Melihat kepada video, si kuning itu dilihat sentiasa mengiau dan cuba mencium serta mengurut rakannya itu seolah-olah menyuruhnya supaya bangun semula.

Keadaan kucing tersebut menyebabkan penduduk dan penyelamat yang terlibat dalam operasi itu tidak dapat menahan air mata sebak.

Kedua-dua kucing terbabit telah dihantar ke hospital dan si kuning sempat menyampaikan ngiauan terakhirnya kepada rakannya itu.

Sejak dari hari kejadian, si kuning telah dibela oleh salah seorang penduduk di kawasan terbabit.

Sumber: www.insight.co.kr


Tuesday, 10 January 2017

Pertikai Bahasa Inggeris Diucapkan Faiz Subri, Lelaki Ini Beri Teguran 'Pedas' Kepada Seorang Wartawan


Baru-baru ini nama Malaysia telah harum di persada sukan bola sepak dunia selepas penyerang pasukan bola sepak Pulau Pinang telah berjaya menerima anugerah Puskas Fifa 2016 iaitu anugerah untuk jaringan bola terbaik di dunia.

Namanya menjadi sebutan, malah sebaris dengan bintang bola sepak dunia, namun kerana beliau kurang fasih berbahasa Inggeris ada pihak yang tidak berpuas hati dengan mengkritiknya, sedangkan ramai bintang bola sepak pada malam itu tidak pandai pun berbahasa Inggeris.

Seorang lelaki bernama Joe Najib telah tampil memberi teguran kepada seorang wartawan daripada sebuah portal berita yang dilihat mengkritik ucapan Faiz Subri tersebut.

Jom kita baca.

I think my English is quite good. 

No. I take it back. 

I think my English is very good. Above average at the very least.

So when an unknown #********** writer by the name of T***** ***** criticized #FaizSubri for his broken English when he delivered his speech, I felt somewhat obligated to write this.

Some of Malaysia's greatest achievers on the global stage don't have a strong command of the language. Even our living legend Datuk Lee Chong Wei speaks neither English nor Bahasa Malaysia fluently. 'Cukup makan' we say.

But you know what? No one criticized him. 

Why is that?

Because he let his wins and achievements do the talking.

Every drop of sweat that trickled down his chin on to the court is worth more than any English or BM word we know that he doesn't.

The same with Faiz Subri. Half a year ago, nobody knew who this man was. He became an overnight sensation, propelled into the global spotlight with that physics-defying free-kick.

And last night, he, like DLCW and many other home-grown sports personalities before him, made Malaysia proud, by bagging an award that is not only a first for Malaysia, but a first for all of Asia as well. And quite possibly, no one else from this part of the world will ever win it again. Quite possibly.

So T******, what has your flawless command of the English language brought you other than your monthly paycheck, to sit behind a keyboard and write toilet-paper-worthy articles such as this? I won't even go to the extent of asking what have YOU done to make this country proud.
Heck, I don't even think your own neighbours know your name lah.

Tak malu ke.

Bahasa Malaysia. (BI Tak power, ini je mampu translate)

Saya rasa bahasa Inggeris saya baik.

Tidak, saya tarik balik.

Saya fikir bahasa Inggeris saya sangat baik, tapi lebih kurang setakat ini sahaja.

Oleh itu, apabila #************ yang penulis yang dikenali dengan nama T****** N**** mengkritik #FaizSubri berbahasa Inggeris ketika beliau menyampaikan ucapannya, saya rasa terpanggil untuk menulis ini artikel ini.

Sebahagian daripada pelajar cemerlang Malaysia di peringkat global pun tidak mempunyai penguasaan bahasa Insggeris yang hebat. 

Walaupun jaguh badminon negara Datuk Lee Chong Wei tidak hebat menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dengan fasih atau Cukup makan' jer, tapi tidak siapa yang mengkritik beliau.

Kenapa?

Kerana dia membiarkan kemenangan dan pencapaian beliau yang bercakap.

Setiap titisan peluh yang menitis ke bawah dagu semasa di atas gelanggang lebih bernilai daripada apa-apa perkataan Bahasa Inggeris atau BM yang beliau perkatakan.

Begitu juga dengan Faiz Subri, setengah tahun yang lalu, tiada siapa yang kenal siapakah orang ini, dia menjadi sensasi dalam sekelip mata, menjadi perhatian dunia selepas mengambil sepakan 'freekick' melawan hukum fizik.

Beliau seperti DLCW dan banyak lagi personaliti sukan negara yang pernah membuat Malaysia bangga, semalam beliau telah menerima anugerah dengan menjadi orang Asia pertama, tiada orang lain di dunia ini menang lebih daripada sekali.

Jadi T******, mungkin penguasaan Bahasa Inggeris anda hebat yang membawa amda mendapat gaji bulanan, duduk di belakang 'keyboard' dan menulis di atas kertas seperti ini? tetapi saya tidak akan sampai ke tahap bertanya apa yang telah kamu lakukan untuk buat negara bangga dengan anda.

Saya rasa jiran kamu sendiri pun tidak tahu nama kamu. tak malu ker? - Joe Najib

Terasa Akan Kehadiran Seseorang Di Belakang - Solat Dengan Jin, Adakah Ia Boleh Berlaku?

  • Alam jin adalah alam yang berdiri sendiri. Ia terpisah dan berbeza dengan alam manusia tetapi kedua-duanya hidup dalam dunia yang sama, kadang tinggal di dalam rumah yang dibina atau didiami manusia.

    • Sebagai manusia biasa, kadangkala kita dapat merasakan kehadiran 'sesuatu' di sekeliling kita. Sama ada ia hanyalah perasaan dan naluri kita sahaja ataupun ia benar-benar berada dekat dengan kita.

      Seperti baru-baru ini, satu video dari sebuah filem di negara seberang yang memaparkan seekor jin menjadi makmum kepada seorang wanita ketika solat menjadi sangat viral. Post itu telah dibuat oleh page bernama KALAM BISU dan sehingga kini telah menerima sebanyak lebih 45 ribu perkongsian di Facebook.
       says.com
  • Setelah ia tersebar luas, ramai tertanya-tanya adakah perkara seperti itu boleh berlaku? Reaksi netizen berbeza-beza, malah ramai juga yang berkongsi pengalaman masing-masing.

  • Jadi, sebenarnya bagaimana? Solat dengan jin, adakah ia boleh berlaku? Mari baca perkongsian oleh seorang pengguan Facebook,Ad- Dien mengenai hal tersebut:

    • Beberapa hari lepas saya ditanya oleh netizen tentang solat berjemaah dengan jin, adakah ianya boleh berlaku a.k.a possible? Soalan ini agak ganjil bagi saya sebab tak pernah lagi ditanya tentang hukum-hakam berkaitan jin tapi entah kenapa agak ramai yang bertanya tentangnya.

      Rupa-rupanya ada video yang viral (saya tak tahu dari filem apa) yang menunjukkan seorang wanita sedang solat lalu dia merasakan kehadiran suatu makhluk dibelakangnya dan ditunjukkan bahawa jin yang berada dalam bentuk manusia ikut solat dibelakangnya.
      Saya sertakan sekali video tersebut bagi yang ingin mengetahui gambarannya. (Kalau takut, jangan tengok ye!)

      Sebahagian orang tentu pernah mengalami hal yang serupa khususnya ketika solat bersendirian di masjid/surau atau di tempat tertentu yang mana ketika solat, tiba-tiba terasa akan kehadiran seseorang atau sekelompok orang dibelakang kita (tanpa kita menoleh kebelakang).

      Saya secara peribadi pernah mengalaminya beberapa kali. Sukar untuk dijelaskan bagaimana kita mengetahui kehadirannya tapi secara fitrah dan naluri seorang manusia, jika ada kehadiran sesuatu dibelakang kita kadang-kala kita dapat merasai kehadiran itu secara naluri.

      Kehadiran "mereka" ini biasanya disertai dengan suatu perasaan gementar atau "lain macam". Hanya yang pernah alami akan faham perasaan ketika itu.
      Tulisan ini bukan untuk menakutkan tapi untuk berkongsi ilmu berkaitan dengan masalah ini. Saya percaya tentu ada yang belum tahu mengenainya dan mudah-mudahan mendapat ilmu yang bermanfaat, insyaAllah.
       facebook.com
  • Namun, apa pula kata ulama?

    • Adapun tentang permasalahan ini, sebahagian ulama’ membahaskan isu jin dengan agak terperinci termasuklah isu solat bersama dengan jin. Kebanyakan mereka menaqalkan fatwa daripada tulisan Imam Badruddin As-Syibli Al-Hanafi (wafat 769H) bertajuk Akaam Al-Marjan fi Ahkam Al-Jann.

      Imam Badruddin As-Syibli menyatakan dalam bab ke 26: “Hukum Solat Di Belakang Jin”
      نقل ابن أبي الصيرفي الْحراني الحنبلي في فوائده عن شيخه أبي البقاء العكبري الحنبلي أنه سئل عن الجن هل تصح الصلاة خلفه فقال نعم لأنهم مكلفون والنبي صلى الله عليه وسلم مرْسل إليهم والله أعلم 

      “Ibn Abi As-Sairafi Al-Harrani Al-Hanbali menaqalkan di dalam kitab fawaidnya daripada gurunya Abu Al-Baqa’ Al-‘Ukbari Al-Hanbali bahawa dia ditanya tentang jin. Adakah sah solat di belakang jin? Maka dia (Al-‘Ukbari) menjawab:

      “Ya, kerana mereka para jin adalah mukallaf (golongan yang dipertanggungjawabkan dengan perintah daripada Allah) dan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam juga diutuskan kepada mereka. Wallahua’lam.” [Aakam Al-Marjaan fi Ahkam Al-Jann 1/99]

      Imam As-Suyuti (wafat 911H) ketika membahaskan masalah hukum-hakam berkaitan jin juga menaqalkan hal yang sama pada furu’ yang ketiga dan keempat sebagaimana yang disebutkan oleh Imam As-Syibli. [Al-Ashbah wa An-Nazair 1/258]

      Imam Ibn Hajar Al-Haitami As-Syafie ketika membahaskan masalah ini menyebutkan fatwa ulama’ mazhab Hanbali yang menyatakan sah solat jumaat bersama-sama dengan jin. Imam As-Subki memperincikan masalah ini dengan menyebutkan bahawa solat jumaat bersama jin hanya sah jika mereka muncul dengan bentuk fizikal dan bilangannya hendaklah mencukupi setidak-tidaknya 40 orang. [Fatawa Al-Hadithiyyah 1/556]
       facebook.com
  • Adakah wujudnya dalil atau bukti kejadian ini dizaman Nabi?

    • Jawabnya ya. Kejadian ini pernah berlaku dizaman Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam ketikamana dua jin berjumpa Nabi untuk bertanyakan sesuatu masalah yang berlaku dalam kalangan mereka dan bertanyakan tentang syariat kepada bangsa mereka. Kemudian mereka meminta untuk solat bersama-sama dengan Nabi sebelum beredar.

      Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad pada Musnad Abdullah bin Mas’ud. Hadith ini dari sudut sanadnya bermasalah dan dinilai dhaif oleh ulama’ hadith antaranya Imam Al-Haithami dalam Majma’ Az-Zawaid 8/313, Imam Al-Busiri dalam Ithaf Al-Khairah Al-Mahrah 7/31, Syaikh Syu’aib Al-Arnauth dalam tahqiqnya keatas Musnad Ahmad 7/391 dan sebagainya.

      Namun begitu, sebahagian fuqaha’ (ulama' fiqh) berhujjah dengan hadith ini ketika membahaskan masalah hukum hakam berkaitan dengan jin sebagaimana disebutkan diatas.

      Kesimpulan:
      Solat bersama-sama dengan jin atau jin hadir mengikuti solat manusia adalah sesuatu yang boleh berlaku (possible) berdasarkan pandangan para ulama' diatas.
      Wallahua’lam
This entry was posted in

Monday, 9 January 2017

Isteri Herman Tino persoal kaitan dengan Aiman Tino

SHAH ALAM: Penyanyi lagu Melayu deli, Herman Tino, yang popular pada era 1980-an, mendakwa pernah dituduh menjalin hubungan sulit hingga melahirkan anak dikenali sebagai Aiman Tino yang mencetuskan fenomena dengan dendangan popular, Ku Rela Dibenci. 

Susulan gosip bertebaran, Herman atau nama penuhnya, Masrun Tamisi, 63, mengaku isterinya, Noraini Ibnu, turut mempersoalkan status hubungannya dengan Aiman.

 "Selepas Aiman menjadi sebutan, nama saya terpalit apabila ada pihak menganggap saya mempunyai anak tidak sah taraf. 

"Isteri pun bertanya apakah saya ada hubungan dengan ibu Aiman Tino. 

"Jenuh saya menerangkan kepada ister, namun biar apa pun tanggapan orang, saya tidak kisah," katanya pada sidang media selepas bertemu Aiman di sini, hari ini. 

Pertemuan Herman dan Aiman diatur ibu bapa penyanyi remaja itu selepas masing-masing meluahkan hasrat berjumpa




PENYANYI Herman Tino (kanan) dan Aiman Tino. - Foto Rosdan Wahid 


Sementara itu, Aiman atau nama sebenarnya, Mohd Aiman Yusri, berkata pertemuannya dengan Herman adalah tanda hormat, lebih-lebih lagi selepas menumpang tuah nama penyanyi veteran itu. 

"Saya menggunakan nama Aiman Tino sejak berusia 12 tahun kerana ibu, Hazelina Mat Jali, begitu meminati Herman. Baru sekarang kami dapat berjumpa orangnya. 

"Ini adalah tanda penghormatan kepada Herman. Ada orang bertanya adakah kami mempunyai pertalian darah tetapi belum pernah lagi orang pertikai status saya sebagai anak tidak sah taraf.

 "Biasalah mulut orang macam-macam. Apa yang penting saya tahu asal usul saya," katanya,

 Aiman juga tidak keberatan berduet dengan Herman jika penyanyi veteran itu sedia melakukannya.

Sunday, 8 January 2017

Tercari Lokasi Untuk Beli Barangan Bayi Murah? Kami Kongsikan Lokasi Membeli Belah Barangan Bayi Paling Murah Di Malaysia


Sebelum ini ramai yang merungut di mana harga barang keperluan naik mendadak seperti barangan persekolahan anak-anak dan juga barangan keperluan yang lain.

Bagi ibu bapa yang ada anak kecil ataupun baru menyambut kelahiran anak sudah pasti tercari-cari lokasi untuk mencari barangan keperluan anak anda dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Disini admin kongsikan sebuah jualan gudang barangan bayi dikatakan terbesar di Malaysia yang bakal berlangsung pada 13 hingga 15 Januari ini di mana mereka dikatakan akan menjual lebih 70 jenis jenama pakaian dan barangan keperluan bayi berjenama sehingga 80% diskaun.




Berikut adalah maklumat tentang jualan gudang berkenaan.

Nama: New Year Baby Warehouse Sale​
Tarikh: 13-15 January 2017
Waktu : 10am -8pm
Lokasi : One City @USJ 25 (Sky Park Level 1)

Apa yang menarik tentang jualan gudang ini.

Promosi Eksklusif:-
* Diskaun setinggi  80%
* Lebih 70+ Popular brands
* Harga serendah RM4
* Drypers Wee Wee Dry - 3 packs RM88
* Mamy Poko Pants - 3 packs RM88
* Mamy Poko Extra Soft Fit - RM10 SAHAJA ( Hanya untuk 100 pelanggan pertama sahaja, stok & saiz terhad. Siapa cepat, dia dapat.

Selain jualan gudang apa lagi yang menarik?

* Popcorn + Cotton Candy PERCUMA
* RM8 ke/dari One City dengan Grab - promo code MOTHERHOOD
* Aktiviti yang seronok & menarik (datang dulu, baru tahu! :D )
* Hadiah PERCUMA untuk pembelian RM200 keatas.

Berikut adalah jenama-jenama yang terlibat.

Philips Avent, Drypers, MamyPoko, Tommee Tippee, Fiffy, Pigeon, Dr Brown, Fisher Price, Holabebe, Ichiro, Little Bean, Buds, Chicco, Autumnz, Disney Baby, Pororo, Baby Love, Luvable Friends, Mellow, Simple Dimple, Suavinex, Brights Starts, Quinny, Sesame Street, Spectra, Maxi Cos dan banyak lagi.

Jualan gudang ini sebenarnya mendapat tajaan daripada pihak Motherhood.com.my, One City, Friso, Maxis, OnFM, Grab, Hermo, KiddyPass dan OCBC.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan pelbagai keperluan murah bayi dengan harga yang amat murah dan berpatutan daripada harga diluar sana.

Tak cikgu, ayah saya dah meninggal dunia...


Image result for ayah dan anak perempuannya

Pagi ini, aku teringat suatu kejadian yang berlaku di hari pertama persekolahan. Kisah ini berlaku beberapa tahun lepas. 

Hari pertama, sekolah penuh sesak dengan ibu bapa murid tahun 1. Waktu rehat pun masih begitu. Ramai ibu bapa menemani anak masing-masing, ajar mereka membeli, menyuapkan anak mereka makan. Mereka kelihatan mesra dan amat bahagia sekali. 

Masa ini, aku boleh dikatakan mentah dalam dunia pendidikan. Baru 5-6 tahun pengalaman bersama murid tahun 1. Dan masa ini, aku masih belum ada keberanian untuk menegur ibu bapa yang mengambil hak murid sewaktu rehat. Ibu bapa yang menggunakan bangku murid, sedangkan ramai lagi murid berdiri mencari tempat untuk duduk dan makan. 

Semasa aku ralit memerhatikan perlakuan ibu bapa yang bahagia melayan anak mereka, aku perasan ada seorang murid perempuan berdiri di tepi tiang. Tangannya memegang bekal makanan dan sebotol air minuman. Termangu-mangu murid itu sendirian tanpa tahu hendak duduk dan makan bekalannya. 

Aku mula memandang jelek perlakuan ibu bapa yang langsung tidak mempedulikan kehadiran murid tahun 1 yang keliru itu. Malah, tiada di antara mereka yang mempelawa murid itu untuk duduk dan makan. Sebaliknya mengambil hak murid itu untuk berada di bangku sambil membelai anak masing-masing. 

Nak ditegur, aku sendiri belum ada keberanian. Maka aku mendekati murid itu dengan beberapa persoalan. 

"Kenapa murid ini tidak berteman? Mana ibu bapa dia? Apa punya ibu bapa yang tidak menemani anak tahun 1 di hari pertama mereka?" 

Sedikit rasa kesal terhadap tiadanya sikap prihatin ibu bapa murid itu terlintas di hati. Tanpa banyak soal, aku pimpin murid itu mencari tempat kosong. Semasa memimpin tangannya, aku sempat bertanya. 

"Mak ayah awak tak datang temankan awak ke hari ini?" 

"Tak cikgu, ayah saya dah meninggal dunia," jawabnya. 

"Oh. Mak awak? Kerja?" soalku lagi. 

"Mak saya di hospital, masuk wad. Dia sakit," jawabnya dengan nada sayu dan riak wajahnya seakan-akan mahu menangis. 


Rasa bersalah terus melanda hati aku kerana bertanyakan soalan itu. Rupa-rupanya murid ini tinggal bersama ibu saudaranya. Kakaknya ada tetapi belajar sesi pagi, sedangkan murid tahun 1 di sesi petang. 

Rasa meluap kemarahan pada ibu bapa lain yang tak cakna dan pentingkan diri sehingga mengambil hak anak yatim ini. Baru sahaja murid ini duduk, loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Guru tahun 1 yang bertugas memanggil murid untuk berkumpul dan masuk kelas. Murid ini gelisah melihat kawan-kawan dia mula beredar meninggalkan kantin, sedangkan dia masih belum sempat menjamah waima sebutir nasi. 

Terus aku kata padanya. 

"Jangan risau, awak duduk dan makan dahulu bekal makanan awak. Cikgu tunggu awak."

Maka, murid ini makan dengan ditemani aku. Seusai makan, aku menghantar dia ke dewan tempat murid lain berkumpul. 

Esoknya, aku pergi lagi ke kantin, melilau mata mencari murid ini. Entah kenapa muka murid tahun 1 nampak semuanya sama di mata aku. Aku gagal mengesan murid itu. Aku mencari di setiap tiang, tiada kelibatnya. Agaknya dia sudah pandai mencari tempat duduknya sendiri dan berdikari. 

Hari seterusnya pun aku masih mengelilingi tiang dan cuba mengecam setiap wajah murid perempuan yang makan keseorangan. Tetapi gagal. 

Sejak itu, keberanian datang pada aku. Setiap tahun, akulah yang akan 'menghalau' ibu bapa yang duduk di bangku murid. Guru lain masih segan dan tidak berani nak 'menghalau' mereka. Pernah mereka minta dengan lemah lembut tetapi tidak ramai yang ambil perhatian. 

Ibu bapa yang pentingkan diri dan mengambil hak murid ini tidak aku malu pada mereka. Tidak lagi aku mahu menjaga hati mereka. Dengan tegas aku meminta mereka bangun memberi ruang kepada murid untuk duduk sehingga ada ibu bapa yang pernah terasa dengan ketegasan aku dan menyindir di belakang. 

Aku tidak kisah dengan sindiran itu kerana mereka yang mengambil hak murid aku tidak lagi tersenarai di dalam senarai orang yang aku perlu hormati lagi. 

Biarlah apa orang nak kata kerana mungkin ada murid yang berdiri tanpa ditemani sesiapa punya kisah yang serupa dengan murid perempuan itu. Anak yatim yang aku tidak pernah tahu namanya dan tidak sempat cam mukanya. Semoga anak itu kini menjadi murid yang pandai dan berjasa. Amin. 

'Hancurnya serpihan motor hang, sama hancur hati kami kawan-kawan...'

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Perginya seorang sahabat yang dikenali sejak tahun 1991 akibat tindakan tidak bertanggungjawab seorang pengguna jalan raya. 

Mohd Ein, meluahkan rasa sedih dan masih tidak dapat percaya dan menerima kejadian yang baru menimpa sahabat baiknya, Ayie Ariff, seorang yang dianggapnya sebagai sahabat sejati. 

Kami bersimpati dengan pemergian rakan Mohd Ein. Beringatlah semua, jangan kerana tindakan kurang cerdik anda, nyawa orang lain melayang. Semoga kejadian ini, menjadi pengajaran kepada semua agar jangan melanggar peraturan jalan raya. 

Al-fatihah untuk Ayie Ariff, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.



Image result for 'Hancurnya serpihan motor hang, sama hancur hati kami kawan-kawan...'


Oleh Mohd Ein

Semalam, sekitar jam 8.30 malam, aku kehilangan sahabat yang dikenali sejak tahun 1991 gara-gara kebodohan manusia lain membuat U-Turn di tempat yang tidak sepatutnya dan dengan bangganya. 

Ayie Ariff, seorang sahabat penceria suasana. Dibahan dengan teruk pun tak pernah ambil hati. Minta bantuan, tak pernah ditepis. Jiwa sahabatnya tinggi, bergurau tak pernah henti. Ada sahaja benda nak dibuat isu jadi bahan lawak dan dia tak pernah merajuk dengan kawan-kawan. 

Aku ingat lagi, dia antara yang menziarah aku ketika aku kurang sihat dulu di kampung. Dia yang menunggang motosikal dari Kedah, tunggu aku di Penang. Masa itu, aku dari menunggang motosikal seorang diri dari Kuala Lumpur. Dia nak escort aku, takut sejarah ride sampai katil hospital berulang. 

 Terima kasih Ayie...

Jam 1 pagi semalam, aku pergi ke Hospital Banting untuk menziarahi jasadnya. Malangnya Ayie, jodoh kita tiada semalam. Rumah Mayat ditutup dan tidak menerima pelawat lagi. 

Aku tak mahu balik dengan tangan kosong, Ayie. Aku dan kawan cari tempat kemalangan itu. Memang tak logik akal dalam bandar Banting ketika orang sedang sibuk pulang dari kerja, ada pengguna jalan raya yang bangang buat U-Turn di jalan utama. 


Lokasi kejadian dan anak panah menunjukkan arah pemandu kereta dan motosikal mangsa sedangkan papan tanda melarang pengguna membuat pusingan U | Foto - Mohd Ein
Serpihan motosikal mangsa masih berada di tempat kejadian  yang ditemui oleh rakan mangsa | Foto - Mohd Ein


Motosikal milik mangsa | Foto - Mohd Ein
Apa yang aku dapat lihat hanyalah serpihan motosikal Ayie di atas jalan. Hancurnya serpihan motosikal Ayie sama hancur hati kami sebagai kawan-kawannya. Semua terkejut dan masih tidak percaya yang Ayie pergi dulu dan buat selamanya. Kami terpaksa menerima takdir ini. 

 Rezeki hang pergi di malam penghulu hari...

Doaku, semoga Ayie ditempatkan dalam golongan orang-orang bertakwa. Damailah engkau di sana. Tiada lagi senda gurau kau, Ayie. Kehilangan kau amat dirasai oleh kami semua dari Sahoca 98. Dan kehilangan kau akan menjadi pemangkin keakbran kami yang masih hidup di SAHC98. Kau yang akan kami rindui dan kenang selamanya. 

Aku akan rindu ayat "Hang diam sat dobel" yang selalu aku guna pada kau dalam WhatsApp group kita. 

Doakan sahabat saya ini. Salam takziah buat keluarganya.