Tuesday, 14 February 2017

'Encik, bersyukurlah awak dikurniakan anak-anak yang normal'

Kanak-kanak autisme adalah kanak-kanak yang istimewa. Sudah banyak informasi mengenai autisme didedahkan di media sosial, namun masih ada jua yang tidak berminat untuk mengambil tahu, malah ada yang enggan memahaminya. 

Semalam, seorang kanak-kanak autisme hampir saja diserang oleh seorang lelaki dewasa ketika bermain di premis hiburan kanak-kanak kerana didakwa telah menumbuk dua anak lelaki itu. Sedangkan perkara itu tidak berlaku dan dinafikan oleh ibu kepada anak autisme berkenaan. 

Gambar hiasan | Foto NurulFaris Photobsess
Oleh Nana

Semalam sekitar jam 12 tengah hari, saya mendaftar masuk anak-anak untuk bermain di Kidzoona Aeon Klebang, Ipoh. Saya sentiasa memerhatikan Daaris bermain sementara suami menjaga dua orang lagi anak yang lain. 

Lebih kurang jam 1.15 ke 1.30 petang, saya memerhatikan dari dekat Daaris bermain slide. Saya nampak Daaris memotong barisan semasa bermain. Selepas turun dari slide, ada dua kanak-kanak lelaki sekitar usia Daaris (9-10 tahun) bersama adik lelakinya sekitar usia 6 tahun ada berhampiran. 

Budak-budak itu, masing-masing memeluk kerusi bulat kecil untuk bermain. Terus Daaris datang menghampiri dua orang budak itu, menepis dan menjatuhkan kerusi bulat untuk bergurau. Terus dua orang budak itu berlari keluar dari kawasan slide. 

Saya terus menegur perbuatan Daaris dengan memegang tangan Daaris. Saya lebih menekankan soal memotong barisan berbanding berebut kerusi bulat sebab ia nampak lebih kepada gurauan kanak-kanak. 

Daaris meronta-ronta bila saya memegang tangan dia dan berlari untuk terus bermain. 

Tiba-tiba saya disergah dari belakang. Bila toleh, seorang lelaki dewasa sekitar usia 40'an memarahi saya dengan lantang. 

"Kenapa anak awak tumbuk anak saya hah?!" dua kali dia menyergah saya.

"Anak saya yang mana satu, encik?" soal saya dan dia terus menunjuk ke arah Daaris yang sedang bermain slide. 

Saya berasa hairan kerana apa yang berlaku di depan mata saya ialah Daaris menepuk dan menepis kerusi bulat. Mungkin sedikit kasar tetapi tidaklah menumbuk, tak ubah seperti gurauan budak-budak. Saya cuba menerangkan situasi yang terjadi kepada lelaki berkenaan. 

"Anak saya mengadu pada saya yang anak awak itu telah menumbuk mereka. Awak tak jaga anak ke?!" bentak lelaki itu. 

Tiba-tiba darah saya menyirap, terasa panas saja di telinga, muka dan terus ke hati. 

"Dari tadi saya berdiri di sini tengok anak saya bermain. Saya tak nampak pun dia tumbuk anak-anak awak," kata saya menepis dakwaan lelaki itu. 

"Saya nampak dari jauh. Dua kali dia tumbuk anak-anak saya," lelaki itu masih tidak berpuas hati dan terus memarahi saya. 

Dalam hati saya, 'dua kali'? Hairan dan pelik. 

"Saya yang dekat pun tak nampak, encik yang jauh boleh pula nampak? Maaflah encik, anak saya itu Autisme. Dia tak tahu apa-apa," kata saya. 

"Awak tak jaga anak awak ke?!" dia ulang kembali ayat itu. 

"Eh, anak saya autisme. Encik tahu tak apa itu autisme?" soal saya lagi. 

"Saya tahulah tapi awak tu tak jaga anak awak!" dia masih tidak berpuas hati memarahi saya dengan menunding jari sejak dari mula menyerang saya. 

"Saya tak kira, kalau terjadi di depan mata saya dan saya di sini tadi, memang saya dah pukul anak awak ini!" 

Astaghfirullahalazim. Bayangkan seorang lelaki dewasa yang normal boleh ada niat nak melakukan perbuatan sedemikian pada kanak-kanak. Kata-kata dia benar-benar menarik rasa malu saya di depan orang ramai semalam. 

"Encik tahu tak anak saya itu, autisme?!" 

"Tak kiralah, awak tu yang tak jaga anak awak!" jawabnya. 

"Meh sini kamu! Meh sini, aku nak tanya kamu kenapa kamu tumbuk anak aku?!" dia menggamit Daaris yang sedang bermain dengan muka yang tak puas hati. 

"Encik faham tak yang anak saya itu autisme?! Dia tak pandai bercakap!" naluri keibuan saya terus disentap-sentap. 

Suami yang baru terperasan dengan situasi itu terus datang dekat. Bila suami saya sampai, terus lelaki itu mengajak anaknya beredar. Semasa lelaki itu beredar, dari jauh saya kata, 


"Encik! Bersyukurlah awak dikurniakan anak-anak yang normal.." 

Lelaki itu agak terkejut apabila mendengar kata-kata saya sambil diperhatikan oleh ibu bapa yang lain memerhatikan kami sejak awal kejadian. 

Suami terus menenangkan saya yang sudah hampir meletup. Kami terus rujuk dengan pihak AEON untuk mendapatkan cerita sebenar dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV). 

Berdasarkan CCTV, memang ada terjadi sedikit perebutan tetapi perkara yang tidak keterlaluan. Ianya lebih kepada situasi kanak-kanak bermain. 

Sementara menunggu keputusan CCTV, suami saya berjumpa dengan lelaki tersebut bagi bertanyakan hal sebenar. Memang gaya dan cara lelaki itu agak 'kerek' dan tidak mahu mengaku silap. 

Apabila keputusan CCTV telah diperolehi, saya ingin berjumpa semula dengan lelaki tersebut untuk beritahu kisah sebenarnya yang berlaku namun dia telah beredar. 

Nana bersama tiga anaknya | Foto - Nana
Di sini saya terfikir, apa yang akan terjadi sekiranya saya tiada berhampiran dengan Daaris? Berkemungkinan Daaris dipukul seperti yang dikatakan lelaki itu? Kata-kata lelaki itu juga saya anggap sebagai ancaman terhadap keselamatan anak saya. 

Saya juga beranggapan dia seorang yang tidak matang kerana sanggup menyerang wanita dan kanak-kanak hanya kerana hal kanak-kanak berebut bermain. Saya terfikir juga untuk buat laporan polis demi keselamatan anak saya. Sedih dengan masyarakat kita yang masih dengan minda kelas ke-3. 

Jangan pandang serong pada wanita yang 'bunting pelamin' kononnya mereka hamil sebelum bernikah



"Tahniah, puan disahkan mengandung. Mengikut kiraan, usia janin ini lebih kurang enam minggu," kata doktor. 

"Tetapi doktor, kami baru berkahwin 4 minggu yang lalu. Apa orang lain akan kata nanti?" soal pasangan berkenaan.

Pasangan ini bernikah dan naik pelamin pada 28 Januari 2017 iaitu pada cuti raya Cina yang lalu. Empat minggu kemudian iaitu 28 Februari 2017, pengantin perempuan disahkan mengandung dan usia janin dianggarkan 6 minggu. Apa yang terjadi sebenarnya? 

Bunting pelamin adalah 'misnomer'. Ia seolah-olah menggambarkan pengantin perempuan telah hamil ketika bernikah dan menaiki pelamin sedangkan bukan itu yang berlaku sebenarnya. Bagi individu yang bunting pelamin, anda akan mendapati usia janin anda akan awal 1-2 minggu sebelum tarikh pernikahan dan mungkin boleh mengundang pandangan seorang orang ramai. 

Contohnya anda berkahwin baru 4 minggu, namun doktor mengatakan usia janin anda 6 minggu. Di sinilah munculnya kata-kata nista daripada golongan yang suka menghina namun fakta pun tak tahu. Jika ada yang mengutuk atau pandang serong, jangan bimbang atau malu kerana mereka dengan secara sengaja telah menunjukkan kebodohan dan keaiban mereka secara terbuka. 

Saya jelaskan kenapa perkara ini berlaku. Jika anda rujuk buku antenatal, ada tertulis tarikhr Last Menstrual Period (LMP) dan doktor juga akan bertanya bila hari pertama haid (menses) yang terakhir. LMP ialah hari pertama haid bermula. 

CONTOH: 

14 Januari 2017 (2 minggu sebelum nikah) 
  • Ovulation pula ialah hari ovum dilepaskan kira-kira sekitar hari ke-14.
28 Januari 2017 (pada hari pernikahan)
  • Persenyawaan pula boleh berlaku dalam tempoh 12-24 jam selepas ovum dilepaskan. Sperma boleh 'hidup' 3-7 hari di dalam rahim untuk 'bersaing' mempersenyawakan ovum yang akan 'luput' selepas tempoh tersebut. 

28 Januari 2017 (pada malam pertama pernikahan)
  • Kebiasaannya wanita disahkan hamil selepas 'missed period' atau tidak datang haid selama 1-2 minggu dan ini akan 'trigger' pasangan untuk melakukan ujian kehamilan melalui air kencing pada minggu ke-5 atau ke-6 dari tarikh haid yang pertama. 

28 Februari 2017 (4 minggu selepas nikah dan 6 minggu selepas haid yang pertama)
  • Apabila anda mengandung, doktor akan mengira usia janin anda bermula daripada tarikh LMP (sekiranya sangat pasti tarikh tersebut dan haid anda teratur serta tidak mengambil perancang keluarga) walaupun ketika itu belum ada persenyawaan berlaku. 

LMP 14 Januari 2017
  • maka usia janin ialah 6 minggu pada 28 Februari (usia janin yang dikira melalui tarikh haid pertama bukanlah usia janin sebenar kerana jani terbentuk pada hari persenyawaan). Bagi kes-kes lain yang tidak memenuhi syarat dalam kurungan, usia janin ditentukan melalui imbasan ultrasound seawal usia yang boleh. 

Jangan bimbang kerana semua kajian telah mengambil kira faktor ini untuk menentukan sama ada janin anda telah matang, belum matang, melebihi usia matang atau apa-apa intervensi perubatan atau dalam menentukan parameter ultrasound. 

Namun apabila mengetahui fakta ini, ada pihak yang pandai-pandai lewatkan sendiri dua minggu sesuka hati seolah-olah penyelidik-penyelidik sebelum ini tidak pernah terfikir perkara sebegini. Ini hanya membahayakan diri dan bayi dalam kandungan. 

Contohnya selepas tempoh EDD iaitu tarikh dijangka bersalin, ada pihak yang enggan ke hospital dan sengaja menunggu dua minggu lagi kononnya mereka tahu tentang ini. Sedangkan dengan berbuat demikian, risiko bayi mati dalam kandungan adalah sangat tinggi. 

Akhir sekali, jangan pandang serong pada individu yang bunting pelamin kerana anda hanya akan menampakkan kebodohan diri sendiri. 

Wednesday, 11 January 2017

(Video) Si Kuning ini Cium, Urut & Enggan Tinggalkan Bangkai Rakannya Biarpun Sudah Sebulan Tidak Bernyawa


Korea Selatan - Satu video menyayat hati yang merakamkan seekor kucing berwarna kuning enggan meninggalkan rakannya yang sudah mati menjadi tular di Korea Selatan selepas ia dimuat naik oleh laman Facebook SBS TV.

Lebih menyedihkan lagi, rakan kepada kucing kuning itu difahamkan sudah mati selama sebulan.

Menurut portal Insight.kr, kucing kuning tersebut sememangnya terkenal dalam kalangan penduduk di kawasan berhampiran kerana sifatnya yang jinak.

Tapi sejak sebulan yang lalu, si kuning itu mula menunjukkan sesuatu yang pelik kerana enggan keluar dari satu saliran pembentung yang terletak di Geumjeong-gu, Busan dan berkelakuan aneh apabila dipanggil oleh penduduk.

Penduduk dan penyelamat haiwan kemudian masuk ke dalam pembentung tersebut untuk memeriksan keadaan si kuning itu dan terkejut apabila mendapat ada seekor lagi kucing yang sudah menjadi bangkai.

Si kuning itu tidak dapat menerima kematian kucing tersebut yang dipercayai rakannya, dan masih lagi setia menemaninya sejak sebulan yang lalu.

Melihat kepada video, si kuning itu dilihat sentiasa mengiau dan cuba mencium serta mengurut rakannya itu seolah-olah menyuruhnya supaya bangun semula.

Keadaan kucing tersebut menyebabkan penduduk dan penyelamat yang terlibat dalam operasi itu tidak dapat menahan air mata sebak.

Kedua-dua kucing terbabit telah dihantar ke hospital dan si kuning sempat menyampaikan ngiauan terakhirnya kepada rakannya itu.

Sejak dari hari kejadian, si kuning telah dibela oleh salah seorang penduduk di kawasan terbabit.

Sumber: www.insight.co.kr


Tuesday, 10 January 2017

Pertikai Bahasa Inggeris Diucapkan Faiz Subri, Lelaki Ini Beri Teguran 'Pedas' Kepada Seorang Wartawan


Baru-baru ini nama Malaysia telah harum di persada sukan bola sepak dunia selepas penyerang pasukan bola sepak Pulau Pinang telah berjaya menerima anugerah Puskas Fifa 2016 iaitu anugerah untuk jaringan bola terbaik di dunia.

Namanya menjadi sebutan, malah sebaris dengan bintang bola sepak dunia, namun kerana beliau kurang fasih berbahasa Inggeris ada pihak yang tidak berpuas hati dengan mengkritiknya, sedangkan ramai bintang bola sepak pada malam itu tidak pandai pun berbahasa Inggeris.

Seorang lelaki bernama Joe Najib telah tampil memberi teguran kepada seorang wartawan daripada sebuah portal berita yang dilihat mengkritik ucapan Faiz Subri tersebut.

Jom kita baca.

I think my English is quite good. 

No. I take it back. 

I think my English is very good. Above average at the very least.

So when an unknown #********** writer by the name of T***** ***** criticized #FaizSubri for his broken English when he delivered his speech, I felt somewhat obligated to write this.

Some of Malaysia's greatest achievers on the global stage don't have a strong command of the language. Even our living legend Datuk Lee Chong Wei speaks neither English nor Bahasa Malaysia fluently. 'Cukup makan' we say.

But you know what? No one criticized him. 

Why is that?

Because he let his wins and achievements do the talking.

Every drop of sweat that trickled down his chin on to the court is worth more than any English or BM word we know that he doesn't.

The same with Faiz Subri. Half a year ago, nobody knew who this man was. He became an overnight sensation, propelled into the global spotlight with that physics-defying free-kick.

And last night, he, like DLCW and many other home-grown sports personalities before him, made Malaysia proud, by bagging an award that is not only a first for Malaysia, but a first for all of Asia as well. And quite possibly, no one else from this part of the world will ever win it again. Quite possibly.

So T******, what has your flawless command of the English language brought you other than your monthly paycheck, to sit behind a keyboard and write toilet-paper-worthy articles such as this? I won't even go to the extent of asking what have YOU done to make this country proud.
Heck, I don't even think your own neighbours know your name lah.

Tak malu ke.

Bahasa Malaysia. (BI Tak power, ini je mampu translate)

Saya rasa bahasa Inggeris saya baik.

Tidak, saya tarik balik.

Saya fikir bahasa Inggeris saya sangat baik, tapi lebih kurang setakat ini sahaja.

Oleh itu, apabila #************ yang penulis yang dikenali dengan nama T****** N**** mengkritik #FaizSubri berbahasa Inggeris ketika beliau menyampaikan ucapannya, saya rasa terpanggil untuk menulis ini artikel ini.

Sebahagian daripada pelajar cemerlang Malaysia di peringkat global pun tidak mempunyai penguasaan bahasa Insggeris yang hebat. 

Walaupun jaguh badminon negara Datuk Lee Chong Wei tidak hebat menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dengan fasih atau Cukup makan' jer, tapi tidak siapa yang mengkritik beliau.

Kenapa?

Kerana dia membiarkan kemenangan dan pencapaian beliau yang bercakap.

Setiap titisan peluh yang menitis ke bawah dagu semasa di atas gelanggang lebih bernilai daripada apa-apa perkataan Bahasa Inggeris atau BM yang beliau perkatakan.

Begitu juga dengan Faiz Subri, setengah tahun yang lalu, tiada siapa yang kenal siapakah orang ini, dia menjadi sensasi dalam sekelip mata, menjadi perhatian dunia selepas mengambil sepakan 'freekick' melawan hukum fizik.

Beliau seperti DLCW dan banyak lagi personaliti sukan negara yang pernah membuat Malaysia bangga, semalam beliau telah menerima anugerah dengan menjadi orang Asia pertama, tiada orang lain di dunia ini menang lebih daripada sekali.

Jadi T******, mungkin penguasaan Bahasa Inggeris anda hebat yang membawa amda mendapat gaji bulanan, duduk di belakang 'keyboard' dan menulis di atas kertas seperti ini? tetapi saya tidak akan sampai ke tahap bertanya apa yang telah kamu lakukan untuk buat negara bangga dengan anda.

Saya rasa jiran kamu sendiri pun tidak tahu nama kamu. tak malu ker? - Joe Najib

Terasa Akan Kehadiran Seseorang Di Belakang - Solat Dengan Jin, Adakah Ia Boleh Berlaku?

  • Alam jin adalah alam yang berdiri sendiri. Ia terpisah dan berbeza dengan alam manusia tetapi kedua-duanya hidup dalam dunia yang sama, kadang tinggal di dalam rumah yang dibina atau didiami manusia.

    • Sebagai manusia biasa, kadangkala kita dapat merasakan kehadiran 'sesuatu' di sekeliling kita. Sama ada ia hanyalah perasaan dan naluri kita sahaja ataupun ia benar-benar berada dekat dengan kita.

      Seperti baru-baru ini, satu video dari sebuah filem di negara seberang yang memaparkan seekor jin menjadi makmum kepada seorang wanita ketika solat menjadi sangat viral. Post itu telah dibuat oleh page bernama KALAM BISU dan sehingga kini telah menerima sebanyak lebih 45 ribu perkongsian di Facebook.
       says.com
  • Setelah ia tersebar luas, ramai tertanya-tanya adakah perkara seperti itu boleh berlaku? Reaksi netizen berbeza-beza, malah ramai juga yang berkongsi pengalaman masing-masing.

  • Jadi, sebenarnya bagaimana? Solat dengan jin, adakah ia boleh berlaku? Mari baca perkongsian oleh seorang pengguan Facebook,Ad- Dien mengenai hal tersebut:

    • Beberapa hari lepas saya ditanya oleh netizen tentang solat berjemaah dengan jin, adakah ianya boleh berlaku a.k.a possible? Soalan ini agak ganjil bagi saya sebab tak pernah lagi ditanya tentang hukum-hakam berkaitan jin tapi entah kenapa agak ramai yang bertanya tentangnya.

      Rupa-rupanya ada video yang viral (saya tak tahu dari filem apa) yang menunjukkan seorang wanita sedang solat lalu dia merasakan kehadiran suatu makhluk dibelakangnya dan ditunjukkan bahawa jin yang berada dalam bentuk manusia ikut solat dibelakangnya.
      Saya sertakan sekali video tersebut bagi yang ingin mengetahui gambarannya. (Kalau takut, jangan tengok ye!)

      Sebahagian orang tentu pernah mengalami hal yang serupa khususnya ketika solat bersendirian di masjid/surau atau di tempat tertentu yang mana ketika solat, tiba-tiba terasa akan kehadiran seseorang atau sekelompok orang dibelakang kita (tanpa kita menoleh kebelakang).

      Saya secara peribadi pernah mengalaminya beberapa kali. Sukar untuk dijelaskan bagaimana kita mengetahui kehadirannya tapi secara fitrah dan naluri seorang manusia, jika ada kehadiran sesuatu dibelakang kita kadang-kala kita dapat merasai kehadiran itu secara naluri.

      Kehadiran "mereka" ini biasanya disertai dengan suatu perasaan gementar atau "lain macam". Hanya yang pernah alami akan faham perasaan ketika itu.
      Tulisan ini bukan untuk menakutkan tapi untuk berkongsi ilmu berkaitan dengan masalah ini. Saya percaya tentu ada yang belum tahu mengenainya dan mudah-mudahan mendapat ilmu yang bermanfaat, insyaAllah.
       facebook.com
  • Namun, apa pula kata ulama?

    • Adapun tentang permasalahan ini, sebahagian ulama’ membahaskan isu jin dengan agak terperinci termasuklah isu solat bersama dengan jin. Kebanyakan mereka menaqalkan fatwa daripada tulisan Imam Badruddin As-Syibli Al-Hanafi (wafat 769H) bertajuk Akaam Al-Marjan fi Ahkam Al-Jann.

      Imam Badruddin As-Syibli menyatakan dalam bab ke 26: “Hukum Solat Di Belakang Jin”
      نقل ابن أبي الصيرفي الْحراني الحنبلي في فوائده عن شيخه أبي البقاء العكبري الحنبلي أنه سئل عن الجن هل تصح الصلاة خلفه فقال نعم لأنهم مكلفون والنبي صلى الله عليه وسلم مرْسل إليهم والله أعلم 

      “Ibn Abi As-Sairafi Al-Harrani Al-Hanbali menaqalkan di dalam kitab fawaidnya daripada gurunya Abu Al-Baqa’ Al-‘Ukbari Al-Hanbali bahawa dia ditanya tentang jin. Adakah sah solat di belakang jin? Maka dia (Al-‘Ukbari) menjawab:

      “Ya, kerana mereka para jin adalah mukallaf (golongan yang dipertanggungjawabkan dengan perintah daripada Allah) dan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam juga diutuskan kepada mereka. Wallahua’lam.” [Aakam Al-Marjaan fi Ahkam Al-Jann 1/99]

      Imam As-Suyuti (wafat 911H) ketika membahaskan masalah hukum-hakam berkaitan jin juga menaqalkan hal yang sama pada furu’ yang ketiga dan keempat sebagaimana yang disebutkan oleh Imam As-Syibli. [Al-Ashbah wa An-Nazair 1/258]

      Imam Ibn Hajar Al-Haitami As-Syafie ketika membahaskan masalah ini menyebutkan fatwa ulama’ mazhab Hanbali yang menyatakan sah solat jumaat bersama-sama dengan jin. Imam As-Subki memperincikan masalah ini dengan menyebutkan bahawa solat jumaat bersama jin hanya sah jika mereka muncul dengan bentuk fizikal dan bilangannya hendaklah mencukupi setidak-tidaknya 40 orang. [Fatawa Al-Hadithiyyah 1/556]
       facebook.com
  • Adakah wujudnya dalil atau bukti kejadian ini dizaman Nabi?

    • Jawabnya ya. Kejadian ini pernah berlaku dizaman Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam ketikamana dua jin berjumpa Nabi untuk bertanyakan sesuatu masalah yang berlaku dalam kalangan mereka dan bertanyakan tentang syariat kepada bangsa mereka. Kemudian mereka meminta untuk solat bersama-sama dengan Nabi sebelum beredar.

      Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad pada Musnad Abdullah bin Mas’ud. Hadith ini dari sudut sanadnya bermasalah dan dinilai dhaif oleh ulama’ hadith antaranya Imam Al-Haithami dalam Majma’ Az-Zawaid 8/313, Imam Al-Busiri dalam Ithaf Al-Khairah Al-Mahrah 7/31, Syaikh Syu’aib Al-Arnauth dalam tahqiqnya keatas Musnad Ahmad 7/391 dan sebagainya.

      Namun begitu, sebahagian fuqaha’ (ulama' fiqh) berhujjah dengan hadith ini ketika membahaskan masalah hukum hakam berkaitan dengan jin sebagaimana disebutkan diatas.

      Kesimpulan:
      Solat bersama-sama dengan jin atau jin hadir mengikuti solat manusia adalah sesuatu yang boleh berlaku (possible) berdasarkan pandangan para ulama' diatas.
      Wallahua’lam
This entry was posted in