Tuesday, 13 December 2016

Tip Dari Mak Kepada Mak, Wanita Ini Kongsikan Cara Mudah Dan Efisyen Untuk Melipat Pakaian Anak-Anak


Melakukan kerja rumah bukanlah satu tugasan yang asing lagi, ia adalah satu kemestian yang harus dilakukan, tidak kiralah anda seorang anak bujang, mahu pun yang telah berumah tangga. Hendak atau tidak, tugasan sebegini harus dilakukan, bukan sahaja untuk menjadikan diri lebih berdisiplin, tetapi juga lebih bertanggung jawab.

Dalam banyak perkara, berkaitan dengan pengurusan aktiviti harian di rumah, mungkin terdapat satu tugasan atau rutin harian yang kurang digemari oleh kebanyakan dari kita, tidak kira lelaki atau wanita, anak atau ayah, mahu pun suami atau isteri, ianya adalah melipat pakaian.

Walau rutin ini tidaklah sesukar mana, namun bila mana pakaian yang telah diangkat dari jemuran, dan dilonggokkan di satu tempat, proses untuk mula melipat pakaian, menjadi perlahan, dan tertangguh. Bagi menyelesaikan permasalahan ini, saudari Syikin Zahirkongsikan cara yang efisyen buat ibu di luar sana, bagaimana untuk memastikan proses melipat pakaian ini, boleh dilakukan dengan mudah, jom kita tengok caranya.


TIPS URUS KAIN BAJU MENIMBUN UNTUK MAK-MAK

So, seperti yang cikgu janjikan, cikgu nak share cara cikgu setelkan baju bajan anak-anak 4 orang tu.

Secara purata untuk seorang anak akan menyumbang minimum 3 pasang seorang, SEHARI. Baju tido, baju sekolah, baju lepas balik sekolah. Kita andaikan 12 pasang sehari.

Tapi kalau mak tangguh seminggu lipat kain. Haaa.. Kira.. Kira.. Kan bertimbun jadiknya.

Ni semua akan mengganggu mental dan emosi mak-mak kan? Nanti mulalah stress, nak marah, penat bertingkat-tingkat, sakit mata dan hati. Hi..hi..hi.. (mak-mak je memahami situasi gini)

Jom tengok nak kasi setel macam mana. 

*jemput share sekira nya tips ni membantu mak-mak busy yang lain 


Langkah 1

✔ Sediakan bakul untuk setiap anak
✔ Tulis nama di bakul so anak tahu itu bakul siapa
✔ Jangan beli bakul besar, cari yg sederhana aja. Makin besar bakul, kecenderungan untuk "nanti la lipat" akan menggunung jua.. Kikiki

Kalau kita tak sempat nak lipat pon, lebih senang dan cepat kita nak buat carian baju untuk anak-anak. 


Pinjam gambar Nur Wanny na, nampak tak beza dia. Gambar atas dan bawah sama ja. Kain baju yang belum dilipat. Bezanya yang atas ada 1 bakul macam-macam saiz baju. Yang bawah kita dah sort, tau dah baju sapa. Walaupun belum berlipat, kurang sakit mata mak-mak kan.


Percaya tak, Bagi setiap bakul tu, masa yang diambil untuk melipat tak sampai 10 minit pun. Kenapa? 

 Secara psikologi, nampak sikit baju dalam tiap 1 bakul. Sejuk hati mak nak melipat. Permainan emosi kat situ. 

 Pengkhususan: Pantas sebab senang nak cari pairing baju tu. Dah lipat boleh letak setempat sebab kita lipat baju orang yg sama.Ini semua menjimatkan MASA. 

✔ Dan sekiranya kita perlu tinggalkan kerja melipat, kita tau berapa bakul yang belum dilipat. Daripada 4 bakul, tinggal 2. sekali lagi, PSIKOLOGI. Kita nampak jumlah baju nak dilipat makin kurang. 

✔ MOTIVASI, YES. tinggal satu bakul je belum lipat, maka lebih semangat nak melipat,berbanding lipat satu bakul tinggi menimbun, mak stress nampak banyak nau nak lipat.

Mak-mak ni banyak bermain dengan mental dan emosi kan.


Last, cara kita susun baju dalam almari anak.Cara ni pon cikgu jumpa dalam FB. Lama dah. Bagus sangat. Dulu susun bertindih. Sekarang dah pandai susun gini, anak-anak pun senang nak pilih baju sendiri

Dan takda kes bila ada baju nak pakai, tau-tau dah tak muat. Lama sangat dalam almari dok lapis paling bawah



Yang ni je cikgu susun berlapis. Hero 3 orang tu banyak baju yg seragam, mana yang seragam je cikgu susun berlapis gini. Nak pakai seragam, tarik je. Takya bukak sampai 3 laci.

So itu aje tips yang cikgu nak kongsi memandangkan cikgu setel segala benda sorang diri, takda bibik, anak 4, keja opis hour.

Emosi pon tak terganggu. Kita jadi mak-mak yang sistematik aje. Esok p la beli bakul. Itupun kalau tips ni sesuai dengan puan-puan. 

Terima kasih sudi baca sampai abis. Tips dari mak kepada mak
This entry was posted in

BUNTAT.."Fizikal Anak Saya Memang Seperti Dalam TV, Jadi Saya Tidak Kisah Orang Ejek Kerana Mereka Tak Tahu,'' - Ibu


Bacaan
Hangat
Terkini
VirKongsikan di

Drama 7 Hari Mencintaiku nampaknya telah meninggalkan kesan yang agak mendalam dengan lakonan mantap watak Buntat yang dilakonkan oleh adik Muhammad Ariff Abdullah apabila wataknya itu meninggal dunia dalam drama berkenaan yang ditayangkan di slot Akasia di TV3, semalam

Nama beliau sering 'trending' dalam media sosial sejak drama berkenaan dimainkan di TV, tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengejek fizikal pelakon kanak-kanak berkenaan.

Namun bagi ibu Muhammad Ariff, Puan Rosdiana Mastura Abdullah, 29, dia tidak berkecil hati dengan ejekan berkenaan kerana anak sulungnya yang berusia 12 tahun itu mengalami disleksia yang hanya cenderung kepada perkara yang diminati sahaja.

Menurutnya, anaknya itu turut menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

"Fizikal anak saya memang seperti dalam gambar dan TV. Dia mengalami disleksia sejak berusia enam tahun lagi. Disebabkan itu dia lebih gemar melakukan apa yang dia suka saja.

"Apabila mula bersekolah, dia ditempatkan di kelas pemulihan Bahasa Malaysia. Kekurangannya di situ sahaja, selebihnya dia seperi budak normal lain.

"Apabila ada segelintir pengguna laman sosial mengejeknya, saya tak terasa pun. Malah saya tak nak ambil kisah. Saya beranggapan mereka tak tahu keadaan sebenar anak saya," katanya.


Rosdiana yang merupakan seorang kakitangan Jabatan Kemas Kedah yang kini menetap di Jitra Kedah, lebih bersikap terbuka dan mengambil segala kritikan terhadap anaknya sebagai sesuatu yang positif.

"Saya tahu kelemahan anak saya, jadi apa saja persepsi yang dilemparkan kepadanya saya anggap ia lumrah dan perkara biasa dalam bidang ini.

"Saya juga percaya tidak semua orang suka dengan apa yang kita lakukan. Sebagai ibu saya mengajar anak untuk menerima setiap kritikan," katanya.



Sumber: Harian Metro


Wednesday, 7 December 2016

(5 Gambar) Mengelakkan Dicuri Kali Ketiga

Nizhny Novgorod Boris Farih lelaki berusia 56 tahun, beliau perna kehilangan dua buah motorsikal yang parking didepan rumah akibat di curi. Dan Kali ini dia membuat kelainan, cara mengelakkan dicuri kali ketiga…..jom tengok apa kelainannya kali ini….munking korang boleh tiru cara beliau ini…






This entry was posted in

Sunday, 4 December 2016

(Video) Lelaki Tumbuk Kanggaroo di Muka Untuk Selamatkan Anjing Peliharaannya


Satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki menumbuk seekor kanggaroo di muka mula tersebar di internet.

Dalam video kejadian yang berlaku di Australia itu, lelaki itu bertindak sedemkian setelah kanggaroo itu sedang memegang anjing peliharaannya, Max.

Detik cemas itu dirakam oleh seorang rakan lelaki berkenaan yang merakamkannya dari dalam kenderaan.

'Max, datang sini', kedengaran suara lelaki terbabit memanggil anjingnya.

Namun Max dilihat tidak mampu datang kepada tuannya itu kerana kepalanya dipegang oleh seekor kanggaroo besar.

Lelaki berkenaan kemudian memberhentikan kenderaan dan terus berlari ke arah anjingnya sebelum berlaku satu pergaduhan kecil.

Pada mulanya kanggaroo itu enggan melepaskan anjing terbabit, tetapi selepas dipaksa secara kasar, ia kemudian bangun dan mula melompat-lompat seolah-olah seperti hendak berlawan.

Lelaki terbabit kemudian dengan segera menghalakan satu penumbuk ke muka kanggaroo terbabit menyebabkan haiwan liar itu tercengang sebelum melarikan diri ke belakang.

Menurut Dailymail, video kejadian sudah pun disiarkan ke satu program TV dan sudah diedit dengan suara 'commentator' supaya kedengaran seperti sukan boxing.


Sumber: DM