Tuesday, 13 December 2016

Tip Dari Mak Kepada Mak, Wanita Ini Kongsikan Cara Mudah Dan Efisyen Untuk Melipat Pakaian Anak-Anak


Melakukan kerja rumah bukanlah satu tugasan yang asing lagi, ia adalah satu kemestian yang harus dilakukan, tidak kiralah anda seorang anak bujang, mahu pun yang telah berumah tangga. Hendak atau tidak, tugasan sebegini harus dilakukan, bukan sahaja untuk menjadikan diri lebih berdisiplin, tetapi juga lebih bertanggung jawab.

Dalam banyak perkara, berkaitan dengan pengurusan aktiviti harian di rumah, mungkin terdapat satu tugasan atau rutin harian yang kurang digemari oleh kebanyakan dari kita, tidak kira lelaki atau wanita, anak atau ayah, mahu pun suami atau isteri, ianya adalah melipat pakaian.

Walau rutin ini tidaklah sesukar mana, namun bila mana pakaian yang telah diangkat dari jemuran, dan dilonggokkan di satu tempat, proses untuk mula melipat pakaian, menjadi perlahan, dan tertangguh. Bagi menyelesaikan permasalahan ini, saudari Syikin Zahirkongsikan cara yang efisyen buat ibu di luar sana, bagaimana untuk memastikan proses melipat pakaian ini, boleh dilakukan dengan mudah, jom kita tengok caranya.


TIPS URUS KAIN BAJU MENIMBUN UNTUK MAK-MAK

So, seperti yang cikgu janjikan, cikgu nak share cara cikgu setelkan baju bajan anak-anak 4 orang tu.

Secara purata untuk seorang anak akan menyumbang minimum 3 pasang seorang, SEHARI. Baju tido, baju sekolah, baju lepas balik sekolah. Kita andaikan 12 pasang sehari.

Tapi kalau mak tangguh seminggu lipat kain. Haaa.. Kira.. Kira.. Kan bertimbun jadiknya.

Ni semua akan mengganggu mental dan emosi mak-mak kan? Nanti mulalah stress, nak marah, penat bertingkat-tingkat, sakit mata dan hati. Hi..hi..hi.. (mak-mak je memahami situasi gini)

Jom tengok nak kasi setel macam mana. 

*jemput share sekira nya tips ni membantu mak-mak busy yang lain 


Langkah 1

✔ Sediakan bakul untuk setiap anak
✔ Tulis nama di bakul so anak tahu itu bakul siapa
✔ Jangan beli bakul besar, cari yg sederhana aja. Makin besar bakul, kecenderungan untuk "nanti la lipat" akan menggunung jua.. Kikiki

Kalau kita tak sempat nak lipat pon, lebih senang dan cepat kita nak buat carian baju untuk anak-anak. 


Pinjam gambar Nur Wanny na, nampak tak beza dia. Gambar atas dan bawah sama ja. Kain baju yang belum dilipat. Bezanya yang atas ada 1 bakul macam-macam saiz baju. Yang bawah kita dah sort, tau dah baju sapa. Walaupun belum berlipat, kurang sakit mata mak-mak kan.


Percaya tak, Bagi setiap bakul tu, masa yang diambil untuk melipat tak sampai 10 minit pun. Kenapa? 

 Secara psikologi, nampak sikit baju dalam tiap 1 bakul. Sejuk hati mak nak melipat. Permainan emosi kat situ. 

 Pengkhususan: Pantas sebab senang nak cari pairing baju tu. Dah lipat boleh letak setempat sebab kita lipat baju orang yg sama.Ini semua menjimatkan MASA. 

✔ Dan sekiranya kita perlu tinggalkan kerja melipat, kita tau berapa bakul yang belum dilipat. Daripada 4 bakul, tinggal 2. sekali lagi, PSIKOLOGI. Kita nampak jumlah baju nak dilipat makin kurang. 

✔ MOTIVASI, YES. tinggal satu bakul je belum lipat, maka lebih semangat nak melipat,berbanding lipat satu bakul tinggi menimbun, mak stress nampak banyak nau nak lipat.

Mak-mak ni banyak bermain dengan mental dan emosi kan.


Last, cara kita susun baju dalam almari anak.Cara ni pon cikgu jumpa dalam FB. Lama dah. Bagus sangat. Dulu susun bertindih. Sekarang dah pandai susun gini, anak-anak pun senang nak pilih baju sendiri

Dan takda kes bila ada baju nak pakai, tau-tau dah tak muat. Lama sangat dalam almari dok lapis paling bawah



Yang ni je cikgu susun berlapis. Hero 3 orang tu banyak baju yg seragam, mana yang seragam je cikgu susun berlapis gini. Nak pakai seragam, tarik je. Takya bukak sampai 3 laci.

So itu aje tips yang cikgu nak kongsi memandangkan cikgu setel segala benda sorang diri, takda bibik, anak 4, keja opis hour.

Emosi pon tak terganggu. Kita jadi mak-mak yang sistematik aje. Esok p la beli bakul. Itupun kalau tips ni sesuai dengan puan-puan. 

Terima kasih sudi baca sampai abis. Tips dari mak kepada mak
This entry was posted in

BUNTAT.."Fizikal Anak Saya Memang Seperti Dalam TV, Jadi Saya Tidak Kisah Orang Ejek Kerana Mereka Tak Tahu,'' - Ibu


Bacaan
Hangat
Terkini
VirKongsikan di

Drama 7 Hari Mencintaiku nampaknya telah meninggalkan kesan yang agak mendalam dengan lakonan mantap watak Buntat yang dilakonkan oleh adik Muhammad Ariff Abdullah apabila wataknya itu meninggal dunia dalam drama berkenaan yang ditayangkan di slot Akasia di TV3, semalam

Nama beliau sering 'trending' dalam media sosial sejak drama berkenaan dimainkan di TV, tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengejek fizikal pelakon kanak-kanak berkenaan.

Namun bagi ibu Muhammad Ariff, Puan Rosdiana Mastura Abdullah, 29, dia tidak berkecil hati dengan ejekan berkenaan kerana anak sulungnya yang berusia 12 tahun itu mengalami disleksia yang hanya cenderung kepada perkara yang diminati sahaja.

Menurutnya, anaknya itu turut menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

"Fizikal anak saya memang seperti dalam gambar dan TV. Dia mengalami disleksia sejak berusia enam tahun lagi. Disebabkan itu dia lebih gemar melakukan apa yang dia suka saja.

"Apabila mula bersekolah, dia ditempatkan di kelas pemulihan Bahasa Malaysia. Kekurangannya di situ sahaja, selebihnya dia seperi budak normal lain.

"Apabila ada segelintir pengguna laman sosial mengejeknya, saya tak terasa pun. Malah saya tak nak ambil kisah. Saya beranggapan mereka tak tahu keadaan sebenar anak saya," katanya.


Rosdiana yang merupakan seorang kakitangan Jabatan Kemas Kedah yang kini menetap di Jitra Kedah, lebih bersikap terbuka dan mengambil segala kritikan terhadap anaknya sebagai sesuatu yang positif.

"Saya tahu kelemahan anak saya, jadi apa saja persepsi yang dilemparkan kepadanya saya anggap ia lumrah dan perkara biasa dalam bidang ini.

"Saya juga percaya tidak semua orang suka dengan apa yang kita lakukan. Sebagai ibu saya mengajar anak untuk menerima setiap kritikan," katanya.



Sumber: Harian Metro


Wednesday, 7 December 2016

(5 Gambar) Mengelakkan Dicuri Kali Ketiga

Nizhny Novgorod Boris Farih lelaki berusia 56 tahun, beliau perna kehilangan dua buah motorsikal yang parking didepan rumah akibat di curi. Dan Kali ini dia membuat kelainan, cara mengelakkan dicuri kali ketiga…..jom tengok apa kelainannya kali ini….munking korang boleh tiru cara beliau ini…






This entry was posted in

Sunday, 4 December 2016

(Video) Lelaki Tumbuk Kanggaroo di Muka Untuk Selamatkan Anjing Peliharaannya


Satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki menumbuk seekor kanggaroo di muka mula tersebar di internet.

Dalam video kejadian yang berlaku di Australia itu, lelaki itu bertindak sedemkian setelah kanggaroo itu sedang memegang anjing peliharaannya, Max.

Detik cemas itu dirakam oleh seorang rakan lelaki berkenaan yang merakamkannya dari dalam kenderaan.

'Max, datang sini', kedengaran suara lelaki terbabit memanggil anjingnya.

Namun Max dilihat tidak mampu datang kepada tuannya itu kerana kepalanya dipegang oleh seekor kanggaroo besar.

Lelaki berkenaan kemudian memberhentikan kenderaan dan terus berlari ke arah anjingnya sebelum berlaku satu pergaduhan kecil.

Pada mulanya kanggaroo itu enggan melepaskan anjing terbabit, tetapi selepas dipaksa secara kasar, ia kemudian bangun dan mula melompat-lompat seolah-olah seperti hendak berlawan.

Lelaki terbabit kemudian dengan segera menghalakan satu penumbuk ke muka kanggaroo terbabit menyebabkan haiwan liar itu tercengang sebelum melarikan diri ke belakang.

Menurut Dailymail, video kejadian sudah pun disiarkan ke satu program TV dan sudah diedit dengan suara 'commentator' supaya kedengaran seperti sukan boxing.


Sumber: DM

Tuesday, 22 November 2016

Budak Ini Pernah Viral Kerana Hisap Rokok 40 Batang Sehari, Tapi Lihat Foto Terkini Ardi Sangat Mengejutkan


Adakah anda masih ingat dengan kanak-kanak lelaki kecil yang ketagihan menghisap 40 batang rokok dalam sehari? Ya, namanya Ardi Rizal, ketika itu usianya baru mencecah dua tahun apabila menjadi tumpuan dan perhatian dunia dengan kelakuan paranormal tersebut.

Ardi sudah mula belajar merokok dengan bapanya ketika berusia 18 bulan lagi. Bila tidak diberi merokok, Ardi terus marah hingga menghantukkan kepalanya di tembok. Kisah Ardi ini mendapat liputan meluas dan hangat oleh media yang nyata terkejut dengan tabiatnya itu.

Untuk menghentikan tabiat buruk Ardi, beberapa organisasi kanak-kanak cuba membantu kanak-kanak tersebut berhenti merokok dengan mengamalkan cara hidup hidup sihat.



Akhirnya ketagihan merokok luar biasa Ardi dapat diselesaikan, akan tetapi akibat daripada perubahan tersebut tiba-tiba selera makan Ardi mula meningkat menyebabkan tubuh badan Ardi menjadi obesiti.

Sejak saat itu, Ardi menjalani pelbagai rawatan terapi bagi mengamalkan cara hidup sihat. Namun kini Ardi sudah berupaya untuk berhenti daripada tabiat luar biasa terhadap ketagihan rokok dan berjaya menurunkan berat badannya.

This entry was posted in

"Memang Aku Doakan Kau MATI BERSALIN, PADAN MUKA Kau..." - Suami Dayus

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri."Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak el0k awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak d0sa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil D0kt0r J0hari. D0kt0r J0hari (D0kt0r Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran.

Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. D0kt0r J0hari menyuruh Nisa meneran ."C0me 0n Nisa u can d0 it...0nce m0re...." Kata ransang D0kt0r J0hari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar "G00d mummy" kata D0kt0r J0hari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar se0rang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u g0t twin, b0y and girl, putih macam mummy dia" kata D0kt0r J0hari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" D0kt0r J0hari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang D0kt0r J0hari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby b0y dan girl Nisa namakan M0hammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati .

Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di H0spital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. C0mel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan 0tak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa.

Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak b0leh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma k0s0ng selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di 0tak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"s0al Nisa pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat 0pis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan 0rang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju.

Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua t0hmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "W0i, benda-benda tu b0le terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun b0le jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu 0pis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak sen0n0h heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.

"Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak b0leh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah teng0k muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berb0h0ng pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat 0vertime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga.

Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi em0sinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk men0l0ng.

Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bert0lak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit b0lehlah t0l0ng apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pert0l0ngan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat men0nt0n. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak b0leh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" d0a Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa mem0h0n maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handph0ne Zakri. "Sapa plak nie seb0k je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berb0rak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "H0i, Encik Zakri, bini k0 kat wad tak gi jeng0k ke, apa punya laki k0 nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan.

"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa d0k sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handph0ne Zakri. "Hell0 Zakri speaking" jawab Zakri. "Hell0 Zakri, D0kt0r J0hari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke h0spital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri ."panggilan kecemasan dari D0kt0r J0hari "Iye ke, teruk ke dia J0hari , 0kay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan D0kt0r J0hari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah j0m ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan 0tak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya D0kt0r J0hari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Aut0matik 0tak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

"D0kt0r Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya s0 D0kt0r Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan c0nfirm 0taknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di 0perati0n sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really s0rry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata D0kt0r J0hari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang 0leh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga r0s merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I L0VE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga R0s merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja.

Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah sem0ga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang b0leh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang se0rang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin.

Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama.

Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. C0mel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata 0rang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Sem0ga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Menarik Bangkit Selepas Meroyan Gara-Gara Bentuk Badan Berubah Selepas Bersalin


Seperti kita ketahui, ramai wanita yang mengandung dan melahirkan anak akan mengalami perubahan bentuk badan mereka di mana perubahan bentuk badan ini akan membuatkan mereka susah hati.

Dalam situasi sebegini ada ramai antara mereka yang memang mementingkan penjagaan badan sebelum ini sudah pasti akan rasa 'down' melihat bentuk badan mereka, jadi bila dalam keadaan ini, suami perlulah memainkan peranan penting untuk menaikkan kembali semangat mereka seperti sediakala.

Dikongsikan oleh seorang wanita bernama Yasmien S Velte Full, kisah yang di mana keadaan itu terjadi kepadanya sehingga membuatkan dia hilang semangat, tetapi kerana sikap suaminya yang sentiasa ada dan memberi semangat dia telah berjaya kembali kepada keadaan seperti sediakala malahan makin cantik.

Apa yang suaminya lakukan? jom kita baca.


BINI YG HODOH, JANGAN TERUS DIBUANG...

Perkongsian kali ini Mien nak tujukan kepada lelaki, terutamanya suami-suami di luar sana, tunang dan yang tak kawin lagipun boleh ambil sebagai persediaan dari kisah pengalaman Mien sendiri. Ni bende serius bukan melawak walaupon sememangnye mien suka melawak.

Perlu kita ketahui orang perempuan ini akan melalui banyak detik-detik sukar dalam hidup terutamanya bila sudah berkahwin, perubahan bentuk fizikal merupakan satu perkara yang betul-betul dirasai di mana ia akan memberi kesan kepada emosi kami tau x..

Jadi dalam situasi begini, anda sebagai suami harus memainkan peranan penting untuk mengembalikan keyakinan istri, istri akan rasa down apabila berlaku perubahan pada bentuk badan sendiri. Kalau brubah sikit xpe lagi.. Kalau 100% bertukar.. Agak2 ape perasaan kami?

Semua orang tahu Mien ni jenis suka updates facebook.. Suka selfie suka share semua bende pasal kehidupan Mien kan.. Perasan tak Mien updates semua yang cantik-cantik dan yang indah-indah untuk dibaca? 😆

So harini Mien nak kongsi cerita part 'paling down' dalam hidup.. Gambar tudung pink tu .. Masa ni mengandung anak yang ke tiga, usia kandungan 8 bulan.. Teruk sangat berubah .. Gemuk kembang satu hal.. Kulit jadi hitam... Kusam..Berubah 100% kan...😩

Perasaan masa ni taklah teruk sangat...masih boleh pujuk diri sebab mengandung...walaupon rasa sangat-sangat down.. Tapi still leh kawal... Mase ni memang dah xselfie... Selfie tapi xupload dalam fb.. Gile buruk xde org nak tengok 😔


Muka dan badan jadi makin teruk.. Smpai la hari bersalin... Bila dah bersalin rasa happy sebab dah tahu nanti akan berubah jadi mcm asal.. Sebab dulu yang hitam-hitam tu hitam area leher dan peha cam tu je..tapi yang mengandung ke tiga ni semua dari kepala smpai kaki satu badan hitam 😞...

Pregnant anak pertama dan kedua semua hitam-hitam tu hilang bila masuk ari ke 10 berpantang macam tu... Tapi anak ke tiga ni.. tak hilang-hilang.. Berat badan pon tak turun walaupon berpantang makan dan pakai bengkung.. Turun dalm 6kg je...

Dah mula rasa stress, rase nak mengamuk dan benci sangat-sangat tengok cermin... Dalam pantang kan.. Memang fikiran xbetul... Dengan keadaan kita tak sihat.. Campur dengan stress tengok diri takde perubahan.. Setiap kali asben tengok Mien.. Mien marah dan mengamuk..

Sebab Mien kata dia tenung Mien sambil dok kutuk dalam hati kat Mien.. Padahal dia tak kata pon macam tu.. Hehe saje jadi pikir negatif kat suami.. Suami dok balas wasap custemer pon Mien rasa nak baling hanphone dia...



Tak tau rasa macam orang Tak betul masa tu.. 3 4 ari berlarutan.. Sampai satu hari Mien mengamuk dalam bilik baling barang baling cermin semua hancur berterabur... Asben terkejut bunyi pelik dalam bilik terus masuk..

Cepat2 dia peluk ketat2 smpaj xle nk benafas 😩Asben pujuk dan bagitahu.." Nanti Mummy cantik laa pasni.. Mummy kan baru lepas beranak.." Tepi opih daddy ad spa.. Nanti esk mmy g spa.. Nti siap call ddy.. Ddy g bayar..." Mmy g spa semggu skali dehh ... Pastu nti mmy oder laa suppliment ke ap smua...nanti ddy byr..Bila dengar mcam tu.. Terus rasa lega sikit.. Maknanya masih ade peluang untk kembali pada asal... Berkesan ke x, lain crita jnji ade orang nk sponsor.. 😆😆😆

Esoknye trus g spa.. N buat apa yg patut... Usaha untk kembali pada asal.. Daddy aka faiz ni bukan nak puji laa kan.. Tp dia baik laaa sanggup layan mien yg hdoh.. Mien ni mase hodoh pon prgai ngade2 xhabis2... Hahahaha xsedar diri hodoh... Tp faiz tetp layan trbaik mcm mien xhodoh dulu..😆



Sebab tu laaa mien brusaha sgt nk jdi mcm dlu2.. Kembali pada asal... Walaupon suami kita tetap sygkan kita pda waktu buruk sgt2.. Kenapa kita xnak usaha untuk brubah untuk jdi cantik di mata suami kita? Sebagai balasan kepada sebuah kesetian n pnerimaan seadanya dari suami kita? Betul x?.

Pada semua yang bergelar suami.. Hargailah isteri.. Suami tu ubat penenang bagi seorang isteri.. Betapa isteri perlukan sokongan suami.. Kalau faiz xtenangkan, xbagi semangat.. Xtau apa jadi kesudahan pada mien.. 😔 haippp org dlm pantag kalau dk stress memanjag boleh jd gila bertrusan tau... Serius bukn melawak

Dan pada yg bergelar isteri... Ayuhhh laaa sama2 kita berubah.. Sama2 usaha untuk jadi cantik.. Jaga badan... Xkira laa yg bekerjya atau surirumah.. Kita perlu ade usaha untuk cantik.. Untuk maju... Anak ramai bukan alasan.. Jom jadi mummy vouge!!!

Dan.. Alhamdulillah, sekarang.. Baby dah 6 bulan.. Mien dah bangkit kahkahakah.. Dapat semangat baru.. Confident level pon tinggi skrg... takde la jalan menunduk je...



Posting ni sebagai umum.. Nak tag suami ka boipren ka.. Terpulang... Sebagai panduan.. Suami isteri perlu sama2 bagi sokongan, jangan istri buruk je trus cari lain.. 😒trus buang istri ke dasar laut 😏
Trima kasih daddy masih bersama mummy walaupun dlu2 daddy kata mummy mcam penternak itik 😆😆😆😆, penjual telur masin... 😂😂😂😂

SUMBER: Yasmien